K15001
1) PENGENALAN
MTIB melalui Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC) menawarkan program latihan kemahiran jangka pendek: Program Micro-Credential Furniture and Timber Machining Technology (FTMT). Program yang bermula sejak tahun 2019 ini bertujuan memberi kemahiran asas dalam penggunaan mesin, pembuatan perabot dan meningkatkan kemahiran pekerja sedia ada dalam industri kayu. Di akhir program, peserta akan memperolehi pengiktirafan secara micro-credential dan memberi laluan alternatif untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau pengiktirafan profesional dalam bidang Operasi Pembuatan Perabot.
2) OBJEKTIF PROGRAM
(i) Memberi kemahiran kepada belia tempatan dalam mengendalikan mesin kerja kayu, pembuatan perabot panel dan perabot solid.
(ii) Memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan kepada belia berkenaan teknologi terkini produk berasaskan kayu.
(iii) Membantu syarikat pengeluar perabot untuk mengenal pasti dan memilih bakal pekerja separa berkemahiran khusus dalam pembuatan perabot melalui pelatih yang dihasilkan.
(iv) Meningkatkan bilangan pekerja mahir dalam industri perkayuan sejajar dengan aspirasi kerajaan dalam melahirkan pekerja tempatan yang mahir dan berketerampilan.
3) SYARAT PENYERTAAN
(i) Warganegara Malaysia sahaja.
(ii) Belia lepasan sekolah (berumur 18-30 tahun) sahaja.
(iii) Boleh membaca, menulis dan mengira.
(iv) Sihat tubuh badan dan tidak buta warna.
(v) Mampu menghabiskan tempoh latihan untuk jangka masa dua (2) bulan.
(vi) Pekerja baharu yang tidak mempunyai pengalaman.
4) KELEBIHAN PROGRAM
(i) Program yang fleksibel dan secara modular dalam Operasi Pembuatan Perabot mengikut National Occupational Skills Standard (NOSS).
(ii) Program di iktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan pihak industri.
(iii) Program di jalankan secara amali di bengkel.
(iv) Meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran kerja.
5) KEMUDAHAN KEPADA PELATIH
(i) Penginapan dan pengangkutan.
(ii) Elaun bulanan (RM700.00/sebulan).
(iii) Personal Protective Equipment (PPE).
(iv) Perlindungan insurans berkelompok.
(v) Nota pembelajaran dan bahan latihan amali.
(vi) T-shirt dan alat tulis.
(vii) Fasiliti latihan yang berkaitan.
(viii) Bahan mentah.
6) PENGIKTIRAFAN
(i) Sijil Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC)
(ii) Sijil Penyata Pencapaian (NOSS RB050:2-2012 Furniture Production Operation)
a) Furniture Materials Preparation (CoCU1)
b) Furniture Components Preparation (CoCU3)
c) Furniture Components Assembly (CoCU4)
7) MODUL PROGRAM
Jangka masa program adalah selama 480 jam. Program akan dilaksanakan menggunakan tiga (3) Curriculum Competency Unit dari NOSS Furniture Production Operation Level 2 (RB-050-2:2012) iaitu:
(i) Furniture Materials Preparation (CoCU1)
(ii) Furniture Components Preparation (CoCU3)
(iii) Furniture Components Assembly (CoCU4)
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Syarat Umum:
1. Terbuka Kepada Pekerja Baharu Dalam Sektor Perkayuan Yang Tiada Pengalaman