Kursus TVET
Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa

F432-005-3:2019;-

Pengenalan Kursus

Memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam pemasangan serta penyelenggaraan sistem elektrik tiga fasa yang digunakan secara meluas dalam industri dan bangunan komersial. Peserta akan didedahkan kepada teori asas elektrik, jenis sambungan tiga fasa, keselamatan elektrik, penggunaan peralatan elektrik, serta teknik pengujian dan penyelenggaraan sistem.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Telah memiliki SKM Tahap 2 (Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik T2)
1.1 1. Memiliki SKM Tahap 2 dalam bidang yang sama. 2. Lulus Penilaian Akhir Tahap 2 – termasuk portfolio, amali dan teori (jika berkenaan). 3. Diterima masuk ke Pusat Bertauliah yang diiktiraf oleh JPK. 4. Umur minimum 16 tahun. 5. Kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis & Mengira).

Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa [F432-005-2:2019] Atau

Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa [EE-320-2:2012] Atau

Juruteknik Elektrik [C-051-2] Atau

Juruteknik Elektrik [C-050-2]


Tempoh Pengajian
12 Bulan

Prospek Kerjaya
Lulusan kursus ini berpeluang menceburi pelbagai bidang dalam industri elektrik dan kejuruteraan. Antara prospek kerjaya termasuk:

Juruelektrik industri

Juruteknik penyelenggaraan elektrik

Penyelia tapak elektrik

Kontraktor elektrik berlesen

Juruteknik utiliti (TNB, syarikat tenaga)

Tenaga pengajar vokasional

Kemahiran dalam sistem tiga fasa sangat diperlukan di sektor perkilangan, pembinaan, utiliti, dan penyelenggaraan bangunan, menjadikan kerjaya ini stabil dan berpotensi tinggi.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KEMAHIRAN JOHOR, KLUANG
Alamat
JALAN SURIA 1, TAMAN MATAHARI, BT. 3, JALAN MERSING,
Negeri
JOHOR
Penyelaras
MOHD ROSZI BIN HUSIN
Telefon
07-7763145
Emel
dollahsmi@ymail.com
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Tempoh Kursus: 12 bulan

Syarat Kelayakan: Minimum SPM atau setaraf; minat dalam bidang teknikal

Modul Utama:

Keperluan Elektrik 3 fasa dan keselamatan

Lukisan litar tiga fasa

Pemasangan kabel dan peralatan

Pengujian dan penyelenggaraan sistem

Kaedah Pembelajaran: Teori, amali bengkel, dan latihan industri

Sijil Diperoleh: Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau setaraf

Kursus ini memberi penekanan kepada latihan praktikal yang memenuhi keperluan industri semasa.