MWA-1-112
Kursus Structured Cabling, Wiring and Design merupakan program latihan kemahiran yang direka khas untuk memberi pendedahan mendalam tentang pemasangan dan pengujian sistem rangkaian kabel berstruktur serta sistem fiber optik. Dalam tempoh lima (5) hari, peserta akan memperoleh kemahiran praktikal dan teori yang penting dalam bidang Data Center. Kursus ini melatih peserta dengan kemahiran dalam bidang pendawaian berstruktur yang digunakan dalam pelbagai industri seperti di Bangunan Komersial, Pusat Data & Industri Pembuatan. Pelajari jenis-jenis kabel seperti Twisted-Pair (Cat5e, Cat6, Cat7/Cat8), Fiber Optic dan Coaxial Cable.
Dengan peratusan pembelajaran amali sebanyak 70%, kursus ini menekankan kepada teknik pemasangan dan pengurusan kabel yang cekap, serta penekanan terhadap amalan keselamatan yang perlu diterapkan dalam setiap langkah kerja.
Pada akhir kursus, peserta akan dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk mempersiapkan dan melaksanakan pemasangan sistem rangkaian kabel berstruktur dengan berkesan, serta mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan dalam industri. Sijil Profesional yang diperoleh selepas tamat kursus ini bukan sahaja memberikan pengetahuan teknikal yang mendalam, tetapi juga memberi peluang kerjaya bagi peserta untuk memenuhi Transformasi Digital negara.
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 60
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis