Kursus TVET
Pentadbiran Pejabat

N821-001-3:2020

Pengenalan Kursus

Kursus Pentadbiran Pejabat ialah suatu aktiviti pembelajaran & pengajaran yang berkaitan dengan modul Resepsi Kaunter Hadapan, Pengendalian Kewangan Pejabat, Pengendalian Perolehan Pejabat, Pengendalian Inventori Pejabat, Pengendalian Logistik Pejabat, Penyediaan Dokumentasi Pejabat dan Penyeliaan Pentadbiran Kakitangan. Aktiviti pembelajaran ini memainkan peranan yang penting dalam mana-mana infrastruktur organisasi tanpa mengira skala mahupun standard. Aktiviti pentadbiran pejabat mempunyai tanggungjawab untuk memastikan aktiviti pentadbiran dalam sesuatu organisasi berjalan dengan lancar, cekap iaitu dengan menyediakan struktur/panduan kepada pekerja-pekerja di sesebuah organisasi.

Aktiviti ini terdiri daripada bahagian Pentadbiran, Pengurusan Sumber Manusia, Akaun Belanjawan, Rekod Dokumentasi dan lain-lain.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Boleh menulis, mengira dan membaca
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Warganegara Malaysia
2.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

3. Berumur minima 15 tahun dan ke atas
3.1

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 40


Dan

4. Syarat Tambahan
4.1
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Tempoh Pengajian
18 Bulan

Prospek Kerjaya
Kerani, Penyelia, Pegawai Eksekutif & Pentadbiran, Pegawai Sumber Manusia, Setiausaha, Pengurus, Usahawan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KYS Business School
Alamat
Level 1, Rumah Media Melaka, KYS Business School, Lingkaran Mitc, 75450 Ayer Keroh, Malacca
Negeri
MELAKA
Penyelaras
Mohamad Razif Bin Abd Razak
Telefon
062530640
Emel
kysbwebmaster@gmail.com
Laman Web
www.kysbs.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus ini melibatkan penggunaan komputer, walaupun begitu pihak kolej ada menyediakan lab komputer bagi kursus ini dan ibu bapa tidak perlu untuk membeli komputer peribadi. Walaupun begitu pelatih digalakan untuk memiliki komputer peribadi sendiri bagi memudahkan keperluan pelajar.

Pembiayaan pelajaran akan dibiayai sepenuhnya oleh pinjaman tabung kemahiran (PTPK)