FB-025-4:2012
Pelajar yang menyertai kursus ini akan didedahkan dengan pengendalian operasi kewangan asas pejabat seperti pentadbiran petty cash, kutipan bil dan penyediaan laporan kewangan asas. Selain itu, latihan juga diberikan berkaitan pengurusan inventori dan perolehan pejabat serta pentadbiran dokumentasi pejabat seperti penyediaan dokumen, pendaftaran, mencetak, mengikat dan memfail dokumen. Pelajar juga diberi pendedahan dalam menyelia kakitangan pentadbiran melibatkan aktiviti latihan dalaman, penilaian kakitangan, penyediaan bajet serta pengendalian mesyuarat jabatan. Akhir sekali, pelajar juga akan dilatih dalam pentadbiran operasi kaunter hadapan seperti melayani pelanggan, latihan komunikasi dan pengurusan barangan keluar-masuk dan merekod aktiviti kaunter hadapan.
Setiausaha Korporat Eksekutif [FB-025-3:2012] Atau
Pentadbiran Pejabat [N821-001-3:2020] Atau
Penyeliaan Pengurusan Pejabat [FB-024-3:2012]
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 26