Kursus TVET
Pembangunan Kandungan Kreatif

IT-070-4:2011

Pengenalan Kursus

Diploma Kemahiran Malaysia – Multimedia Interaktif diwujudkan untuk melatih para pelajar mengenai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang multimedia. Para pelajar akan didedahkan dengan kemahiran produksi penghasilan animasi 3D serta kemahiran menggunakan teknologi multimedia.

Penggunaan modul pembelajaran kombinasi teori dan praktikal memberikan kemahiran secukupnya dan dapat memenuhi tuntutan industri kreatif khusus dalam bidang multimedia.

Kaedah latihan yang ditawarkan bagi Tahap 3, latihan yang dikendalikan merangkumi 70% latihan amali dan 30% pengajaran teori. Mereka lebih didedahkan kepada penguasaan software, pembangunan sesebuah skrip, pembikinan jalan cerita (story board artis) dan juga mencipta kerektor yang digambarkan.

Pada Tahap 4 pula, latihan yang dikendalikan merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori. Mereka akan diberikan pendedahan kepada penyiapan jalan cerita yang lengkap. Mereka juga akan diberikan projek akhir oleh tenaga pengajar sama ada untuk membentuk sebuah poster, art book, kad nama dan juga pembungkusan barangan.

Antara peluang pekerjaan yang boleh diceburi oleh graduan Diploma Kemahiran Malaysia Creative Multimedia Designer (Multimedia Interaktif) :-

Penyunting Video dan Audio - Menyediakan video mengikut kepada keperluan pelanggan. Menyediakan kandungan media ke media sosial seperti facebook, twitter, Instagram, tiktok dan lain-lain. Gaji : RM2500-RM3500

Pengarah Seni - dikenali untuk membimbing pasukan pekerja dengan kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan reka bentuk grafik, seni rupa, grafik gerakan dan bidang industri kreatif lain. Beberapa contoh karya boleh merangkumi susun atur visual, pencadangan dan penulisan iklan. Gaji : RM5000-RM6000.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. UMUR
1.1 umur 16-35 tahun

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35


Dan

2. KELAYAKAN AKADEMIK
2.1 Mempunyai sijil tahap terdahulu dari JPK yang berkaitan (J582-001-3)

Rekabentuk Multimedia Interaktif [J582-001-3:2019]


Dan

3. WARGANEGARA
3.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Tempoh Pengajian
15 Bulan

Prospek Kerjaya
Antara peluang pekerjaan yang boleh diceburi oleh graduan Diploma Kemahiran Malaysia Creative Multimedia Designer (Multimedia Interaktif) :- Penyunting Video dan Audio - Menyediakan video mengikut kepada keperluan pelanggan. Menyediakan kandungan media ke media sosial seperti facebook, twitter, Instagram, tiktok dan lain-lain. Gaji : RM2500-RM3500 Pengarah Seni - dikenali untuk membimbing pasukan pekerja dengan kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan reka bentuk grafik, seni rupa, grafik gerakan dan bidang industri kreatif lain. Beberapa contoh karya boleh merangkumi susun atur visual, pencadangan dan penulisan iklan. Gaji : RM5000-RM6000.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
MEATECH CREATIVE ACADEMY
Alamat
NO. 21G, JALAN REKO SENTRAL 2, REKO SENTRAL, 43000 KAJANG, SELANGOR.
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
NUR RAHIMAH BINTI ILLIAS
Telefon
03-8739 5684
Emel
mcda@meatech.edu.my
Laman Web
www.meatech.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1. Pinjaman Yuran Pengajian melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
2. Pinjaman sara diri RM400/RM600/RM800* juga disediakan oleh pihak PTPK.
3. Penginapan pelajar juga disediakan oleh pihak kolej dengan bayaran RM 200.
4. Peluang pekerjaan bersama rakan industri.
5. Pembelajaran berasaskan "Industry Exposure".
6. Konsep pengajian adalah berasaskan pekerjaan di industri sebenar.
7. Bantuan Pinjaman Belian Komputer Riba (Laptop) RM2500.
8. Bantuan Pinjaman Pengangkutan RM500 (Semenanjung) & RM1000 (Sabah & Sarawak).