Kursus TVET
Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

T982-001-3:2017

Pengenalan Kursus

Melalui Kursus SKM Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak, pelatih yang mengikuti kursus ini akan diberi pendedahan tentang cara penjagaan, pendidikan dan pendekatan asuhan yang betul untuk kanak-kanak semasa di pusat jagaan kanak-kanak atau di rumah. Kaedah asuhan yang diterapkan berbeza mengikut kategori peringkat umur iaitu bayi (0-12 bulan), anak kecil (1-2 tahun) dan kanak-kanak (3-5 tahun).

Di dalam kursus ini, antara modul yang diajar ialah membentuk tumbesaran kanak-kanak, pemakanan seimbang, perkembangan kognitif, bahasa, fizikal, emosi dan holistic kanak-kanak, pemakanan seimbang, mengurus kesihatan kanak-kanak dan penjagaan kanak-kanak kelainan upaya.

Di samping itu, pelajar juga akan diberi pendedahan terhadap keadaan sebenar proses penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di taska serta diterapkan dengan aspek-aspek keselamatan dan kebersihan sebagai nilai tambah sepanjang tempoh latihan.

Kaedah pembelajaran yang diguna pakai adalah 70% amali dan 30% teori.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Umur
2.1

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35


Dan

3. Maklumat Tambahan
3.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. syarat tambahan

Tempoh Pengajian
12 Bulan

Prospek Kerjaya
Bidang Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak semakin berkembang pesat seiring dengan kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan awal bagi perkembangan anak-anak. Graduan dalam bidang ini mempunyai pelbagai peluang kerjaya dalam sektor pendidikan, penjagaan kanak-kanak, dan juga keusahawanan.

1. Peluang Kerjaya dalam Sektor Pendidikan Awal
a) Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak
b) Penyelia / Pentadbir Taska & Tadika
c) Guru Pendidikan Khas Awal Kanak-Kanak

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT BERTAULIAH GEOMATIKA
Alamat
LOT 5-5-7 & 5-5-8, TINGKAT 5, PRIMA PENINSULAR, JALAN SETIAWANGSA 11, TAMAN
SETIAWANGSA, 54200 KUALA LUMPUR
Negeri
Tiada Maklumat
Penyelaras
ISMAHASIMAH BINTI ISMAIL
Telefon
03-42524576
Emel
enroll@geomatika.edu.my
Laman Web
www.geomatika.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pembiayaan melalui PTPK