HT-014-2:2011
Program Pastri adalah salah satu program yang membolehkan pelatih mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori malah juga secara praktikal dalam pembuatan Pastri.
Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi,pelatih tersebut lebih kompeten untuk menceburi dalam bidang perhotelan dan kedai roti kek serta tahu bagaimana untuk menjana pendapatan melalui kemahiran dengan menceburi bidang keusahawanan.
Dalam program ini pelajar akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Teknik dan kaedah pembuatan kek, hiasan kek, pembuatan roti dan pembuatan dessert
2. Penghasilan produk berdasarkan jenis- jenis kek iaitu hot cakes, cold cakes dan frozen cakes
3. Penghasilan produk berdasarkan kemahiran hiasan kek iaitu kemahiran piping, kemahiran hand modelling dan kemahiran frosting
4. Penghasilan produk berdasarkan jenis- jenis roti iaitu lean dough, doh berlapis dan roti artisan
5. Penghasilan produk berdasarkan jenis- jenis dessert iaitu dessert tempatan, international dessert dan assorted cookies
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Syarat Umum:
1. BOLEH MEMBACA MENULISA DAN MENGIRA SERTA BERMINAT KEMAHIRAN
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45