Kursus TVET
SENI DAN KRAF BARANG KEMAS KONTEMPORARI

C321-001-3:2023

AKADEMI EMAS MALAYSIA (AKEMA), KELANTAN

Pengenalan Kursus

Kursus ini direka untuk mendedahkan kepada para peserta kepada prinsip-prinsip Seni Kraf Barang Kemas. Ia meliputi rekabentuk, konsep dan bagaimana produk cincin, loket, kerongsang dan rantai dihasilkan.

Ia juga memperkenalkan kepada para peserta kaedah acuan tuangan bagi menghasilkan produk barang kemas.

Antara faedah-faedah yang diperolehi melalui kursus ini adalah seperti berikut :
1. Memahami konsep penghasilan barang kemas.
2. Menghasilkan produk-produk barang kemas.
3. Menghasilkan rekabentuk barang kemas yang kreatif.

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Pra-Syarat Kursus
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah :
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
Pemohon perlu memenuhi had umur

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45

DAN
03
Kriteria Utama
KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Wajib
Pemohon yang

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT TAMBAHAN
Syarat Wajib
Pemohon mestilah sempurna fizikal, mental, TIADA rekod jenayah dan
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Tempoh Pengajian
14 Bulan

Prospek Kerjaya
Jurukraf Barang Kemas
Usahawan Barang Kemas
Pereka Barang Kemas
Pensyarah Kemahiran Kraf Barang Kemas.
Penilai Ketulenan Emas.
Pekerja Ar-Rahnu/Pajak Gadai

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AKADEMI EMAS MALAYSIA (AKEMA)
Alamat
LOT 962, SEKSYEN 11,
TAMAN EMAS MALAYSIA,
TINGKAT 1, BAZAR TUAN PADANG,
JALAN DATO' PATI,
15000 KOTA BHARU, KELANTAN
Negeri
KELANTAN
Penyelaras
NUR HILYANI BINTI NASAR
Telefon
097418858
Emel
tamanemasmalaysia24@gmail.com
Laman Web

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
a. PTPK ( Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran ) disediakan bagi yang layak
b. Elaun sara diri dan Penginapan (jika perlu) akan diuruskan oleh Penyedia Latihan (PL)
c. Peralatan dan Bahan disediakan