Kursus TVET
Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

T982-001-3:2017

Pengenalan Kursus

UNITAR College Kelana Jaya (UCKJ) ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan peluang pembelajaran inklusif, menghasilkan graduan yang bersedia dalam industri dan berorientasi global, serta memupuk kejayaan TVET dan kerjaya. UCKJ juga telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat TASKA di Malaysia. Ia bertujuan untuk memastikan pelatih mendapat ilmu pengetahuan dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak agar setiap anak-anak ini mendapat pendidikan yang samarata serta melahirkan modal insan yang hebat.

KURSUS INI ADALAH MODUL BAGI BAKAL-BAKAL PENDIDIK untuk memahami serta mengikuti standard-standard kemahiran dalam bidang ini. Tambahan lagi adalah amat penting bagi melahirkan ramai pendidik yang diiktiraf dan layak bergelar sebagai Pekerja MAHIR di dalam Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak (TASKA). Bidang ini merangkumi 6 bidang perkembangan yang penting untuk perkembangan kanak-kanak dari usia bayi hingga 4 tahun. Kursus ini juga melibatkan pendekatan pedagogi agar pelatih dapat mengaplikasikan teknik serta strategik dalam pengasuhan, pengajaran dan pembelajaran yang signifikan serta persekitaran yang kondusif bagi kanak-kanak di TASKA.

Oleh itu, sertailah kursus ini di UCKJ dan menjadi salah seorang Pendidik yang berilmu, kecindan, kreatif dan bersemangat demi masa depan anda serta berjaya membentuk dan dalam masa sama memupuk nilai-nilai murni kepada kanak-kanak yang bakal menjadi pemimpin kelak.

PELAKSANAAN UNIT KOMPENTENSI (MODUL)
C01 : PENJAGAAN RUTIN HARIAN AWAL KANAK-KANAK
C02 : PENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
C03 : TINGKAH LAKU AWAL KANAK-KANAK DAN INSILMEN NILAI SOSIAL
C04 : SOKONGAN OPERASI PUSAT PENJAGAAN AWAL KANAK-KANAK
C05 : PENTADBIRAN PERTOLONGAN CEMAS

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Memiliki Sijil SPM/Tidak Memiliki Sijil SPM
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

1.2
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Umur
2.1 Berumur 17 hingga 40 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 40


Dan

3. Pelatih yang Memiliki SKM Tahap 2 Layak untuk memohon

Tempoh Pengajian
12 Bulan

Prospek Kerjaya
a. Pendidik Awal Kanak-Kanak di TASKA
b. Penyelia TASKA
c. Pengurus TASKA
d. Pengusaha TASKA
e. Tenaga Pengajar TVET
f. Pentadbir Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (TASKA)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
UNITAR COLLEGE KELANA JAYA
Alamat
Tingkat 1, Tierra Crest, Jalan SS 6/3, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
LIZ LIDYA BINTI MOHAMMAD NOOR
Telefon
0376277200
Emel
enquiries@unitar.my
Laman Web
www.unitar.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus-Kursus Tambahan merangkumi:
- Modul Keusahawan
- Modul Pengendalian Makanan
- Modul Sokongan Hidup Asas (Basic Life Support)