FB-025-4:2012
Program ini bertujuan untuk menyediakan pada pelajar dengan pemahaman yang mendalam tentang asas-asas pengurusan dan pentadbiran pembangunan organisasi. Pengkhususan dalam pengurusan pentadbiran ini memberikan pendedahan yang luas dan menyeluruh dalam semua aspek asas pengurusan organisasi seperti bidang pengurusan, hospitaliti, kewangan, sistem pengurusan maklumat, pengurusan pemfailan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan modal insan. Kurikulum, kandungan kursus, piawaian akademik dan penilaian kursus direka khas untuk memastikan para pelajar memperoleh pengetahuan akademik dan memperkembangkan kemahiran dan kebolehan kendiri ke arah kemajuan kerjaya.
Pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal di dalam dan luar persekitaran bilik kuliah supaya dapat menghasilkan graduan berkemahiran tinggi yang lebih berdaya saing serta menyeluruh. Pelajar juga akan didedahkan dengan pelbagai kaedah pengajaran bagi membolehkan mereka mengguna pakai ilmu pengurusan pentadbiran yang dipelajari bagi menghadapi realiti pekerjaan di industri.
Objektif pembelajaran program
Program ini mensasarkan untuk melahirkan para graduan yang:-
1. Mampu melaksanakan tugasan dan pengurusan pentadbiran dalam sesebuah organisasi dengan baik dan sistematik
2. Mampu menggunakan kemahiran dan teori-teori dalam bidang pengurusan yang dipelajari untuk berfungsi sebagai seorang pengurus yang berkesan dalam organisasi.
3. Mampu Menilai prinsip-prinsip asas pengurusan dan pentadbiran
4. Mampu berdaya saing di peringkat industri
Hasil Pembelajaran :
Diakhir program ini, pelajar harus :
1. Menampilkan pengetahuan asas dalam pengurusan sesuatu organisasi.
2. Menggunakan kemahiran dan teori-teori dalam bidang pengurusan yang dipelajari untuk berfungsi sebagai seorang pengurus yang berkesan dalam organisasi.
3. Menilai prinsip-prinsip asas pengurusan
4. Memperluaskan perspektif melalui interaksi dengan pengurus-pengurus daripada pelbagai industry
5. Berkomunikasi dengan berkesan, bekerja dalam pasukan dan mempunyai kemahiran asas kepimpinan dan pengurusan.
6. Menggunakan kemahiran saintifik/profesional untuk memahami keperluan dan kehendak organisasi ke arah pencapaian visi dan misi sesuatu organisasi secara cekap dan berkesan.
7. Membentuk ciri-ciri keusahawanan untuk menilai sesuatu isu/masalah pengurusan serta memajukan idea dan melaksanakan perubahan bagi menyelesaikan isu/masalah berkenaan
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 25
Syarat Umum:
1. Hafazan 10 Juzuk (Mana-mana Juzuk)
(Calon perlu muat naik pembuktian sijil ke link pautan .....)
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis Atau
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis