Kursus TVET
Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa

F432-005-3:2019

Pengenalan Kursus

Kursus ini mendedahkan pelatih tentang bagaimana melaksanakan kerja-kerja elektrik yang dijalankan terutamanya di dalam sistem pendawaian, pemasangan pepasang dan sistem keselamatan elektrik. Kursus ini merupakan satu bidang pekerjaan yang mencabar dan memerlukan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baik serta mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang tinggi.
Tidak ramai yang menyedari bahawa pekerjaan tersebut mempunyai masa depan yang cerah dan mampu berjaya di sektor-sektor utama industri seperti di syarikat perunding senibina, kontraktor binaan, jurutera dalam bidang teknikal, mekanikal dan elektrikal atau kilang pembuatan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Mempunyai SKM 2 - F432-005-2:2019 Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa, Warganegara Malaysia, Lelaki / Perempuan, Lepasan SPM / STPM, Berumur 16 hingga 45 tahun, Boleh menulis, membaca dan mengira
1.1 Mempunyai Kelayakan SKM berikut : F432-005-2:2019 Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa

Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa [F432-005-2:2019] Atau

Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa [EE-320-2:2012] Atau

Juruteknik Elektrik [C-051-2] Atau

Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah [C-030-2] Atau

Juruelektrik (Pendawaian) [EE-310-2] Atau

Juruteknik Elektrik [C-050-2] Atau

Pendawai [C-020-2]


Atau

1.2

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Had umur pemohon
2.1 Pemohon hendaklah berumur antara 16 - 45 sahaja

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45


Dan

3. warganegara
3.1 Calon mestilah status warganegara malaysia.
Warganegara Malaysia Sahaja

Tempoh Pengajian
14 Bulan

Prospek Kerjaya
1. Juruteknik elektrik di sektor awam dan swasta 2. Pendawai elektrik di syarikat kontraktor elektrik 3. Firma pembinaan 4. Pemaju perumahan 5. Pengajar di Pusat Bertauliah awam dan swasta

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ AITC KUCHING
Alamat
LOT 3073-3086, OF PARENT LOT 2988, JALAN USAHAJAYA, MUARA TABUAN, SARAWAK

PREMIS TAMBAHAN:
BANGUNAN I-SYSTEMS, 1, JALAN USAHA JAYA, TAMAN MUARA TABUAN, 93350 KUCHING,
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
DAYANG FASHITAH BINTI ABANG SUKORI
Telefon
016-8863987
Emel
dayang@i-systems.edu.my
Laman Web
www.i-systems.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pinjaman Latihan oleh PTPK