SFCM03
Pengenalan Kursus
Sijil Teknologi CADD Mekanikal Pembuatan
Kursus Sijil Teknologi CADD Mekanikal Pembuatan merupakan program latihan kemahiran yang memberi pendedahan kepada pelajar dalam bidang reka bentuk kejuruteraan menggunakan teknologi Computer-Aided Design and Drafting (CADD) serta aplikasi dalam industri pembuatan mekanikal.
Pelajar akan mempelajari kemahiran melukis dan mereka bentuk komponen mekanikal menggunakan perisian CAD terkini, menghasilkan lukisan teknikal 2D dan model 3D, serta memahami proses pembuatan dalam industri sebenar seperti pemesinan, fabrikasi dan pemasangan komponen. Kursus ini juga memberi penekanan kepada ketepatan reka bentuk, standard lukisan teknikal serta keperluan industri semasa.
Selain itu, pelajar turut didedahkan kepada asas kejuruteraan mekanikal, bahan kejuruteraan, proses pembuatan, serta integrasi teknologi CAD dengan CAM dalam aliran kerja industri moden. Latihan amali dijalankan secara intensif bagi memastikan pelajar mampu menghasilkan reka bentuk yang boleh diaplikasikan terus dalam proses pengeluaran.
Program ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dalam bidang reka bentuk dan pembuatan mekanikal, selaras dengan keperluan Industri 4.0 yang menekankan automasi, ketepatan dan kecekapan pengeluaran.
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
1. Tamat Tingkatan 5
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis