SWFL03
Sijil Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak dan Gas)
Kursus Sijil Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak dan Gas) merupakan program latihan kemahiran yang memberi tumpuan kepada bidang fabrikasi, pemasangan dan penyelenggaraan struktur logam yang digunakan dalam industri minyak dan gas serta industri kejuruteraan berat.
Pelajar akan didedahkan kepada kemahiran asas dan lanjutan dalam proses fabrikasi seperti pemotongan, pembentukan, penyambungan dan pemasangan struktur keluli mengikut lukisan teknikal dan spesifikasi industri. Kursus ini juga meliputi penggunaan peralatan fabrikasi, mesin industri, serta teknik pengukuran dan ketepatan kerja yang tinggi.
Selain itu, pelajar turut mempelajari proses kimpalan berkaitan struktur logam, interpretasi lukisan kejuruteraan, amalan keselamatan industri (HSE), serta prosedur kerja di bengkel dan tapak projek (site work). Penekanan diberikan kepada disiplin kerja, kualiti hasil kerja dan pematuhan standard industri minyak dan gas.
Program ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dalam bidang fabrikasi struktur logam bagi memenuhi keperluan industri minyak dan gas yang memerlukan tahap keselamatan, ketepatan dan kualiti kerja yang tinggi selaras dengan standard industri antarabangsa.
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
1. Tamat Tingkatan 5
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis