Kursus TVET
SIJIL REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN WANITA (ASAS)

RFPW13

Pengenalan Kursus

Program Sijil Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Wanita (Asas) ini dilaksanakan secara teori dan amali yang mengandungi elemen utama dalam bidang rekaan fesyen dan pembuatan pakaian wanita. Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan serta kemahiran dalam rekaan fesyen dan ilustrasi, teknik jahitan tangan, pengendalian mesin jahit, pembuatan sampel bahagian pakaian, pembuatan pola blok dan manipulasi pola pakaian. Seterusnya adalah proses penjahitan pakaian dan kemasan akhir yang akan dilaksanakan oleh pelajar berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Pelajar yang berjaya menamatkan latihan akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (SKM 2) dalam bidang PEMBUATAN PAKAIAN WANITA (C141-005-2:2021) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Di akhir pembelajaran pelajar boleh:
1. Menyampaikan idea ilustrasi fesyen secara lisan, manual (hand drawn)
2. Menghubungkaitkan proses reka bentuk fesyen dengan proses pembuatan pakaian.
3. Membuat jahitan tangan dan mengendalikan mesin jahit.
4. Menghasilkan sampel bahagian pakaian.
5. Membuat pola blok dan manipulasi pola pakaian secara manual dan digital.
6. Menghasilkan pakaian dan kemasan akhir berdasarkan spesifikasi rekaan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. AKADEMIK
1.1 Kelayakan akademik minimum:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. UMUR
2.1 Had umur pemohon:

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 35


Dan

3. WARGANEGARA
3.1 Pemohon adalah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. SYARAT UMUM
4.1 Pemohon adalah:

Syarat Umum:
1. Beragama Islam
2. Terdiri daripada golongan asnaf dengan pendapatan keluarga tidak melebihi had al kifayah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).


Dan

5. MAKLUMAT TAMBAHAN
5.1 Pemohon mestilah:
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Tempoh Pengajian
12 Bulan

Prospek Kerjaya
Pelajar yang telah berjaya menamatkan latihan adalah berpeluang untuk menceburi kerjaya seperti berikut:
1. Operator Jahitan Industri/Butik
2. Pembantu Pembuat Sampel Pakaian
3. Pembantu Pembuat Pola Pakaian
4. Usahawan/Bekerja Sendiri

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL
Alamat
LOT 1363, JALAN PERKASA, TAMAN MALURI,
Negeri
Tiada Maklumat
Penyelaras
NORLIA BINTI AHMAD
Telefon
03-92830385
Emel
ikbmaiwp91@gmail.com
Laman Web
www.ikb-maiwp.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian pelajar ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan faedah-faedah seperti berikut:
1. Elaun sara diri sebanyak RM200 sebulan.
2. Kemudahan asrama dan dewan makan disediakan (makan 5 kali sehari).
3. Kemudahan peralatan dan pemberian bahan latihan secara percuma.
4. Pemberian baju korporat dan baju bengkel secara percuma.