Perkhidmatan Rangkaian Komputer
IT-030-3:2013
Pengenalan Kursus
Program Rangkaian Komputer memberi pengetahuan dan kemahiran teknikal yang mendalam berkaitan Bidang Rangkaian Komputer dan sistem komputer. Dalam kursus ini, pelajar akan mempelajari penggunaan aplikasi pejabat, konfigurasi perkakasan dan perisian komputer, serta asas-asas penting dalam pembinaan dan pengurusan rangkaian komputer seperti topologi, protokol, dan pemasangan kabel.
Pelajar juga akan mempelajari aspek pengurusan pelayan (server), teknologi tanpa wayar (wireless), dan pemasangan rangkaian fiber optik untuk meningkatkan kelajuan dan kecekapan rangkaian. Pelajar juga akan dilatih berkaitan keselamatan rangkaian, penyelenggaraan rangkaian, serta operasi windows.
Maklumat Latihan TVET
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45
Dan
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Juruteknik Rangkaian Komputer (Computer Network Technician)
Juruteknik Penyelenggaraan Rangkaian (Network Maintenance Technician)
Juruteknik Pengurusan Pelayan (Server Administrator Technician)
Juruteknik Fiber Optik (Fiber Optic Technician)
Juruteknik Sokongan IT (IT Support Technician)
Pemasang dan Penyelia Kabel Rangkaian (Network Cabling Installer)
Usahawan Peralatan IT
Lepasan Rangkaian Komputer juga berpeluang bekerja di pelbagai sektor, termasuk syarikat teknologi, organisasi kerajaan dan perusahaan swasta yang memerlukan sokongan rangkaian dan sistem komputer yang efisien.
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
🎉 Kemudahan penginapan disediakan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)