Kursus TVET
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI FESYEN DAN PAKAIAN (JAHITAN PAKAIAN WANITA)

SPW 03

Pengenalan Kursus

Kursus Jahitan Pakaian Wanita merupakan antara program yang ditawarkan oleh Jabatan Teknologi Fesyen dan Pakaian di IKBN Tanah Merah, Modul kursus adalah berasaskan 'National Occupational Skill Standard' (NOSS) dan disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi fesyen dan pakaian. Modul pembelajaran adalah seperti lukisan Ilustrasi, jenis-jenis jahitan tangan, komponen dalam penghasilan pakaian wanita, mendraf pola dan pattern pakaian wanita, pembuatan pakaian kasual wanita, pembuatan pakaian tradisional wanita, pembuatan pakaian kontemporari wanita, lukisan ilustrasi menggunakan teknik digital, membuat pola menggunakan teknik digital, Pembuatan pakaian kerja wanita dan pembuatan pakaian perkahwinan wanita. Objektif program adalah bagi memenuhi kehendak dan peluang pekerjaan mahir kepada belia di dalam bidang Pembuatan Pakaian Wanita seterusnya menjadi pemacu utama dalam usaha melahirkan tenaga mahir tempatan yang mempunyai kemahiran tinggi, kreatif dan dinamik

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Persekolahan
1.1 Mestilah:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Umur
2.1 Mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30


Dan

3. Syarat Tambahan
3.1 Mestilah:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Dan

4. Warganegara
4.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Tempoh Pengajian
4 Bulan

Prospek Kerjaya
Pembuat pakaian, Fashion Designer, Fashion Buyer, Fesyen Ilustrator, Jurujahit, Jurupotong, Pengurus Syarikat, Tenaga Pengajar, Pembekal Produk, Penyelia Jurupakaian dan Usahawan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA TANAH MERAH
Alamat
JALAN BUKIT PANAU
17500 TANAH MERAH, KELANTAN
Negeri
KELANTAN
Penyelaras
RAHIMAH BINTI ABDULLAH
Telefon
09-9509900
Emel
rahimah.a@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
ELAUN : RM 100 SEBULAN
ELAUN LATIHAN INDUSTRI: RM300
PELUANG PEKERJAAN DAN LATIHAN INDUSTRI BERSAMA SYARIKAT YANG MENANDATANGANI MOU
PENGINAPAN DAN MAKAN MINUM : DISEDIAKAN
KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI: DISEDIAKAN