TML0101
Kursus ini diwujudkan adalah bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pelatih tentang teknik baikpulih enjin dan kerangka motosikal serta mengenalpasti kerosakan yang berlaku. Penyampaian ilmu Pengetahuan yang lebih mendalam berkaitan fungsi serta perjalanan sistem enjin. Pelatih akan didedahkan dengan teknologi baru selaras dengan perkembangan teknologi terkini tanpa meminggirkan pengetahuan dan teknologi sebelumnya. Latihan yang diterapkan adalah dengan menggunakan peralatan tangan dan peralatan khas yang bersesuaian dengan tugas yang dilaksanakan dan seterusnya menjadikan pelatih sebagai seorang pekerja mahir dalam bidang motosikal. Calon yang tamat latihan dengan jayanya layak dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Sijil Profesional GIATMARA.
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 70
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis