Kursus TVET
SIJIL OPERASI PERIKANAN TANGKAPAN (SKM TAHAP 3)

A031-002-3:2022

Pengenalan Kursus

Kursus ini adalah pengenalan kepada bidang perikanan tangkapan, pembuatan peralatan perikanan, pengendalian operasi dan hasil tangkapan mengikut peralatan serta penyelenggaraan dan pembaikan peralatan perikanan. Program pembelajaran yang disediakan adalah bagi melahirkan pelatih dari generasi muda yang berkemahiran dalam bidang perikanan tangkapan dengan prospek kerjaya sebagai pekerja mahir, pengusaha/usahawan dalam bidang maritim bertaraf komersil dan berskala besar melalui penggunaan teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti dan produktivi sektor perikanan tangkapan negara.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Tiada pendidikan Formal atau mempunyai minat boleh membaca, mengira dan menulis
1.1 Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

1.2

1.

Menduduki SPM

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH

Dan

2. Umur
2.1

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30


Dan

3. Warganegara
3.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. Syarat khas
4.1

Syarat Umum:
1. Lelaki sahaja


Dan

5. Syarat Tambahan
5.1
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
4. Bujang (Wajib)

Tempoh Pengajian
24 Bulan

Prospek Kerjaya
Pekerja mahir, pengusaha/usahawan dalam bidang maritim bertaraf komersil dan berskala besar

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AKADEMI PERIKANAN MALAYSIA
Alamat
Negeri
TERENGGANU
Penyelaras
SHIREEN HING CHEN HUEY
Telefon
09-6172361
Emel
apm@dof.gov.my
Laman Web
https://apm.dof.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Di antara kemudahan/tawaran yang disediakan untuk program ini adalah ;
1) Asrama penginapan disediakan
2) Yuran pengajian adalah percuma
3) Makan – minum ditanggung
4) Elaun Bulanan Pelajar
5) Kemudahan Fasiliti Pembelajaran dan Sukan