Kursus TVET
SIJIL PENYELIAAN OPERASI AKUAKULTUR MARIN (SKM TAHAP 3)

A032-002-3:2017

Pengenalan Kursus

Malaysia telah mencapai lebihan dalam tahap sara diri bekalan ikan makanan sejak tahun 2010, namun pengguna di negara ini terus menghadapi isu kenaikan harga ikan. Ini menunjukkan cabaran yang dihadapi bukan sahaja bagi memastikan kecukupan bekalan, tetapi juga jaminan kemampuan rakyat memperolehi ikan sebagai sumber protin dalam makanan. Jaminan bekalan ikan makanan akan terus menjadi cabaran yang besar di masa depan akibat kesan daripada perubahan iklim, faktor pengeluaran yang terhad, kenaikan harga input, persaingan bahan makanan untuk pengeluaran bio-tenaga dan liberalisasi perdagangan. Permintaan ikan makanan akan terus meningkat akibat daripada pertambahan penduduk dan pendapatan serta perubahan citarasa pengguna. Kesinambungan bekalan ikan yang mencukupi bergantung kepada daya maju perusahaan ini untuk menjamin pendapatan kepada nelayan dan penternak ikan. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenal pasti 61 kawasan seluas 36,743 hektar untuk dijadikan Zon Industri Akuakultur (ZIA) di seluruh negara. ZIA merupakan satu konsep pembangunan baru bagi memastikan pembangunan akuakultur di negara ini dapat dilaksanakan secara terancang dan lestari.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Pensijilan skm/dkm
1.1 Memiliki dan Lulus SKM Tahap sebelumya di dalam Bidang yang sama contoh; Sijil Operasi Akuakultur Marin tahap 2

OPERASI AKUAKULTUR MARIN [A032-002-2:2017] Atau

Juruteknik Akuakultur [AF-030-2] Atau

Juruteknik Rendah Akuakultur [Y-021-2]


Dan

2. Umur
2.1

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30


Dan

3. Warganegara

Dan

4. Jantina
4.1

Syarat Umum:
1. lelaki dan perempuan


Dan

5. Syarat Tambahan
5.1
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Bujang (Wajib)

Tempoh Pengajian
12 Bulan

Prospek Kerjaya
• PENYELIA OPERASI AKUAKULTUR MARIN
• PEMBANTU PENYELIA OPERASI AKUAKULTUR MARIN

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ PERIKANAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH LUMUT
Alamat
Negeri
PERAK
Penyelaras
NOR FADILAH BINTI JALALI
Telefon
056906000
Emel
kpml@dof.gov.my
Laman Web
www.kpkm.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
-