Kursus TVET
Sijil Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal

A01

Pengenalan Kursus

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menggunakan alat alat tangan (hand tools) bagi kerja-kerja asas logam, teknik-teknik kimpalan arka & gas, fabrikasi logam, menyelenggara dan merawat pelbagai jenis mesin selain penggunaan pelbagai jenis mesin pneumatik & hidraulik. Para pelajar akan memperolehi kemahiran teori dan amali didalam asas kerja-kerja logam, menyelenggara dan memesin benda kerja. Pelajar juga akan mempelajari kaedah membuat pelbagai alat dan alatganti dengan menggunakan mesin seperti Mesin Kisar, Canai dan Larik. Selain itu mereka juga akan mempelajari kaedah membuat, membaca dan memahami pelan (Blueprint) serta berpengetahuan dalam aspek keselamatan dan pengurusan bengkel.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1 Berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35


Dan

2. Warganegara
2.1 Pemohon adalah Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

3. Syarat Am Kemasukan
3.1 Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran/ Penglihatan/ Pertuturan/ Fizikal/ Pembelajaran/ Mental/ Pelbagai yang menyukarkan kerja amali

Syarat Umum:
1. Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran/ Penglihatan/ Pertuturan/ Fizikal/ Pembelajaran/ Mental/ Pelbagai yang menyukarkan kerja amal


Dan

4. Syarat Persekolahan
4.1 Tamat Tingkatan 5
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred Aktif
1103 BAHASA MELAYU Pilihan Lain-lain G Aktif
1249 SEJARAH Pilihan Lain-lain G Aktif

Atau

4.2 Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran/ Penglihatan/ Pertuturan/ Fizikal/ Pembelajaran/ Mental/ Pelbagai yang menyukarkan kerja amal
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Atau

4.3 Boleh Membaca, Menulis, Mengira

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Tempoh Pengajian
27 Bulan

Prospek Kerjaya
Dengan pertumbuhan ekonomi negara yang pesat telah mendorong lebih banyak industri seperti industri pembuatan dan kejuruteraan ditubuhkan. Industri seperti ini memerlukan ramai pekerja-pekerja mahir dalam bidang Mekanik Industri atau jurugegas. Dengan itu peluang pekerjaan bagi pelajar-pelajar yang mengikut kursus ini cerah. Di antara bidang pekerjaan tersebut adalah Juruteknik Penyelenggaraan atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang penyelenggaraan mekanikal. Mereka yang berpengalaman dan mempunyai modal boleh membuat perniagaan sendiri.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA LUMPUR
Alamat
JALAN KUCHAI LAMA
Negeri
W.PERSEKUTUAN (KL)
Penyelaras
Pn Noor Arasiah binti Md Ashaari
Telefon
03-79817495
Emel
bpplilpkl@gmail.com
Laman Web
www.ilpkl.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 PERCUMA Yuran Pengajian
🎉 PERCUMA Penginapan
🎉 PERCUMA Makan & Minum
🎉 Wang Saku RM100/bulan
🎉 Elaun Praktikal RM300/bulan
🎉 Elaun OKU RM300/bulan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan