Sijil Teknologi Komputer (Sistem) - TVET Tahfiz
F01
Pengenalan Kursus
Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Tahfiz adalah laluan pembelajaran yang menggabungkan unsur TVET dan Tahfiz iaitu latihan kemahiran serta peruntukan masa program yang mesra Al-Quran dan pengulangan hafazan bagi mewujudkan dan melahirkan Huffaz generasi teknokrat MADANI. Program ini juga akan membuka peluang kepada Huffaz lepasan institusi pengajian Al Quran/Tahfiz dan madarasah bagi mengikuti program TVET di ILP Selandar di samping meneruskan pengajian dan pemantapan hafazan sedia ada. Laluan kerjaya bagi Huffaz yang mengikuti program ini tersedia sehingga ke peringkat Diploma dan Ijazah.
Kursus Teknologi Komputer (Sistem) bertujuan untuk memberikan pemahaman mendalam mengenai konsep asas dan aplikasi sistem komputer dalam dunia moden. Kursus ini merangkumi komponen utama komputer, perisian dan perkakasan, serta cara sistem komputer digunakan dalam pelbagai industri seperti perniagaan, pendidikan, dan kejuruteraan.
Pelajar yang ditawarkan menyertai kursus ini akan mempelajari bagaimana sistem komputer berfungsi, memahami prinsip operasi sistem pengoperasian (OS), serta mengembangkan kemahiran dalam pengurusan dan penyelenggaraan sistem.
Maklumat Latihan TVET
Butiran Penyedia Latihan TVET
77500 SELANDAR, MELAKA
Lain-lain Maklumat
Fasiliti yang pelbagai ( Dewan kuliah,Makmal komputer,Perpustakaan,Kafe,Kemudahan Riadah)- Percuma!!!
Penginapan disediakan ( Kemudahan Asrama- satu bilik 2 orang penghuni ) - Percuma!!!
Makan dan minum disediakan ( Dewan Makan dengan sajian 4 kali sehari ) - Percuma!!!
Elaun diberikan ( RM 100 bagi pelajar biasa , RM 300 bagi pelajar OKU )
Kemudahan Internet - Percuma!!!