Kursus TVET
Sijil Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal

A01

Pengenalan Kursus

Program Sijil Teknologi Perindustrian, JTM dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), JPK bagi Kursus Teknologi Penyenggaraan Mekanikal mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan bidang kerja-kerja asas logam, teknik-teknik kimpalan arka dan gas, fabrikasi logam, menyelenggara dan membaiki pelbagai jenis mesin, sistem pam, sistem penghantaran (Conveyor system), penggunaan mesin pneumatic dan hidraulik serta β€œProgramming Logic Control” (PLC). Para pelajar juga diajar kaedah melukis dan menginterpretasi lukisan kejuruteraan. Kursus ini juga mendedahkan pelajar kepada kaedah membuat pelbagai perkakasan dan alat ganti dengan menggunakan mesin kisar, mesin larik, mesin canai dan mesin gerudi. Para pelajar lepasan kursus ini boleh menceburi banyak bidang pekerjaan di industri termasuk syarikat-syarikat pembuatan industri berat seperti penerbangan, perkapalan dan automotif.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1 Berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35


Dan

2. Warganegara
2.1 Pemohon adalah Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

3. Syarat Am Kemasukan
3.1 Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran/ Penglihatan/ Pertuturan/ Fizikal/ Pembelajaran/ Mental/ Pelbagai yang menyukarkan kerja amali

Syarat Umum:
1. Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran/ Penglihatan/ Pertuturan/ Fizikal/ Pembelajaran/ Mental/ Pelbagai yang menyukarkan kerja amal


Dan

4. Syarat Persekolahan
4.1 Tamat Tingkatan 5
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred Aktif
1103 BAHASA MELAYU Pilihan Lain-lain G Aktif
1249 SEJARAH Pilihan Lain-lain G Aktif

Atau

4.2 Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran/ Penglihatan/ Pertuturan/ Fizikal/ Pembelajaran/ Mental/ Pelbagai yang menyukarkan kerja amal
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Atau

4.3 Boleh Membaca, Menulis, Mengira

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Tempoh Pengajian
27 Bulan

Prospek Kerjaya
Juruteknik Penyenggaraan Mekanikal, Pembantu Jurutera, Penyelia Penyenggaraan Mekanikal dan Elektro Mekanikal seperti Industri berkenaan dengan peralatan mesin dan jentera, mesin yang di import, pengeluar komponen mekanikal, Industri yang mempunyai sistem automasi, Industri automotif, perkapalan dan industri Minyak dan Gas

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN LABUAN
Alamat
JALAN MOHD. SALLEH
PETI SURAT 80849
87009 LABUAN
Negeri
W.PERSEKUTUAN (LABUAN)
Penyelaras
SABRI HAKIM BIN SADRI
Telefon
087-414911
Emel
ilplabuan@jtm.gov.my
Laman Web
http://www.ilplabuan.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
.πŸŽ‰ PERCUMA Yuran Pengajian
πŸŽ‰ PERCUMA Penginapan
πŸŽ‰ PERCUMA Makan & Minum
πŸŽ‰ Wang Saku RM100/bulan
πŸŽ‰ Elaun Praktikal RM300/bulan
πŸŽ‰ Elaun OKU RM300/bulan
πŸŽ‰ Persijilan diiktiraf JPK
πŸŽ‰ Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
πŸŽ‰ Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)