Kursus TVET
SKM TAHAP 2 SENI KULINARI

I561-005-2:2022

Canary TVET College, SELANGOR

Pengenalan Kursus

Program kemahiran yang memberi pendedahan kepada pelajar mengenai asas pengurusan dan penyediaan makanan secara profesional. Kursus ini direka untuk membangunkan kemahiran praktikal, pengetahuan asas kulinari serta sikap kerja yang diperlukan dalam industri makanan dan hospitaliti. Pembelajaran berasaskan amali membolehkan pelajar membina keyakinan dan kemahiran melalui latihan dalam suasana yang menyerupai persekitaran dapur profesional.

🔪 APA YANG ANDA AKAN PELAJARI?
• Asas penyediaan dan pengendalian makanan
• Teknik asas memasak
• Penyediaan bahan mentah
• Penggunaan peralatan dapur dengan betul dan selamat
• Kebersihan, sanitasi dan keselamatan makanan
• Penyediaan serta persembahan hidangan
• Pengurusan kerja di dapur
• Amalan kerja profesional dalam industri kulinari

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf

Pra-Syarat Kursus
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Tahap Umur
Umur
Syarat Wajib

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 30

DAN
02
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Akademik
Syarat Wajib
Tiada SPM atau lepasan SPM [ Bagi pemohon yang tamat pelajaran sehingga Darjah 6 sahaja atau sebelumnya, sesi temuduga akan dijalankan terlebih dahulu ]
DAN
03
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Kewarganegaraan
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Kesihatan dan Keupayaan Fizikal
Kesihatan
Syarat Wajib
Sihat tubuh badan. Untuk pemohon yang mempunyai kad OKU, sesi temuduga akan dijalankan terlebih dahulu.

Tempoh Pengajian
9 Bulan

Prospek Kerjaya
👨‍🍳 Pembantu Chef / Commis
🍳 Pembantu Dapur
🏨 Kakitangan Dapur Hotel
🍽️ Restoran & Katering
🥐 Industri Bakeri dan Pastri
👩‍🍳 Usahawan Makanan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
Canary TVET College
Alamat
LOT T002, SECOND FLOOR (MEZZANINE), KSL ESPLANADE MALL,
NO. 1 PERSIARAN BESTARI 2/KS09, BANDAR BESTARI KLANG SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
MOHD NOOR AZARO BIN MOHD NOOR
Telefon
0192086700
Emel
enquiry.canarytvet@kslkl.my
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1- Pelajar yang memenuhi syarat, boleh mendapatkan pinjaman 100% untuk yuran pengajian daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
2- Penginapan untuk pelajar disediakan sepanjang tempoh pengajian.
3- Pendedahan dengan pakar industri berpengalaman dari KSL Esplanade Hotel yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kulinari.

Maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh terus hubungi / whatsapp pegawai kami di 018-9885853.