- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
Kursus Pembuatan Busana Muslimah merupakan satu program latihan kemahiran yang bertujuan untuk melatih peserta dalam bidang rekaan, pemotongan, dan jahitan pakaian muslimah yang menepati syariah serta bergaya moden.
Pakaian muslimah seperti jubah, baju kurung moden, tunik, khimar, dan abaya kini sangat mendapat tempat dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari teknik asas hingga lanjutan untuk menghasilkan busana muslimah yang berkualiti, cantik, dan sesuai dipakai harian atau ke majlis.
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 70
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Syarat Umum:
1. Memiliki Sijil Profesional GIATMARA atau
2. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dari ILKA/ILKS - atau
3. Mempunyai minimum 1 tahun pengalaman bekerja dalam bidang