Pengenalan Kursus
Kursus Pendawaian Asas, Pemasangan DB & Aksesori Elektrik merupakan program latihan kemahiran yang bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang pendawaian elektrik domestik mengikut piawaian keselamatan yang ditetapkan.
Melalui kursus ini, peserta akan didedahkan kepada teknik pemasangan sistem pendawaian satu fasa, pemasangan papan agihan (distribution board – DB), serta pelbagai aksesori elektrik seperti suis, soket dan lampu. Penekanan juga diberikan kepada aspek keselamatan kerja, pematuhan kepada Akta Bekalan Elektrik serta pemahaman asas mengenai sistem pendawaian mengikut kaedah terkini.
Kursus ini sangat sesuai untuk individu yang berminat dalam bidang elektrikal, sama ada untuk tujuan pekerjaan, keusahawanan, atau sebagai kemahiran tambahan dalam penyelenggaraan rumah dan premis perniagaan.
Program ini juga menyediakan asas yang kukuh untuk peserta melanjutkan latihan dalam bidang elektrikal ke peringkat yang lebih tinggi, termasuk Persijilan PW2 di bawah Suruhanjaya Tenaga (ST).
Maklumat Latihan TVET
Dan
Umur Minimum : 13
Umur Maksimum : 70
Dan
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Dan
Dan
Syarat Umum:
1. Pelajar tahfiz / madrasah / pondok
2. Umur 13 - 70
3. Berdaftar dengan JAKIM / Jabatan Agama Negeri
Juruteknik penyelenggaraan elektrik
Pekerja mahir dalam pemasangan pendawaian domestik
Usahawan kecil dalam bidang servis elektrik
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Nama Program: Latihan Jangka Pendek (SCT)
Sasaran : Pelajar Tahfiz
Masa: 40 jam
Umur: 13 - 70 tahun
Syarat: Berdaftar di Tahfiz / Madrasah / pondok yang berdaftar dengan JAKIM / Majlis Agama Negeri