Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Membuat Aneka Roti ini direka untuk memberi pendedahan dan kemahiran asas dalam pembuatan pelbagai jenis roti secara teori dan praktikal. Fokus kursus ini adalah untuk membimbing peserta memahami teknik asas penyediaan doh, proses penapaian, pembentukan roti serta teknik membakar dengan betul.

Peserta akan mempelajari pembuatan pelbagai jenis roti seperti roti putih, roti manis, roti berinti, roti gulung, dan roti berperisa moden. Penekanan turut diberikan kepada aspek kebersihan, susun atur dapur roti, penggunaan bahan yang betul, dan kawalan kualiti produk.

Kursus ini sesuai untuk individu yang berminat memulakan perniagaan bakeri kecil-kecilan, bekerja dalam industri makanan, atau sekadar ingin menambah kemahiran dalam bidang pembuatan roti secara profesional.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Kursus Pendek / Micro Credential / Modular / Setaraf

Syarat Kelayakan
1. KRITERIA ASAS
1.1 Syarat-syarat AM
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Dan

2. UMUR
2.1 Umur Calon

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 70


Dan

3. PENDIDIKAN
3.1 Syarat minima

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. WARGANEGARA
4.1 Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

5. BUMIPUTERA
5.1 Calon Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja

Dan

6. PEKERJA GIG
6.1 Pekerja Industri GIG

Syarat Umum:
1. Pekerja Industri GIG P-Hailing atau E-Hailing
2. Umur 18 - 70
3. Mempunyai ID P-Hailing atau E-Hailing


Tempoh Pengajian
40 Jam

Prospek Kerjaya
Pembantu bakeri atau tukang roti
Pengusaha roti secara kecil-kecilan atau dari rumah
Pekerja dalam industri makanan dan minuman (F&B)
Usahawan produk bakeri tempatan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
GIATMARA Sri Gading
Alamat
NO 25A, 26 & 26A, JALAN KENCANA 1A/1,
TAMAN PURA KENCANA, SRI GADING
83300 BATU PAHAT, JOHOR

PENAMBAHAN PREMIS LATIHAN:
KSB 2-1 & 2-2, JALAN PASAR, PARIT RAJA DARAT,
86400 PARIT RAJA,
BATU PAHAT, JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
MOHAMAD MADON BIN SUDIM @ HJ BASRI
Telefon
07-4557050
Emel
gmsrigading@giatmara.edu.my
Laman Web
www.giatmara.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
TVET GIG
Nama Program: Latihan Jangka Pendek (SCT)
Sasaran : Pekerja GIG (e-hailing & p-hailing)
Masa: 40 jam
Umur: 18 - 70 tahun
Syarat: Berdaftar dan mempunyai ID pengendali e-hailing / p-hailing