Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Industri dandanan rambut lelaki merupakan salah satu bidang kemahiran yang semakin mendapat tempat dalam pasaran kerja masa kini. Seiring dengan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan gunting rambut yang moden, profesional dan beretika, wujudnya keperluan untuk melahirkan lebih ramai pengamal yang kompeten dalam bidang ini. Kursus Gunting Rambut Lelaki direka khas untuk memberikan latihan praktikal dan teori yang menyeluruh kepada peserta yang berminat untuk menceburi bidang ini secara serius.

Kursus ini membolehkan peserta memahami dan menguasai pelbagai teknik asas dan lanjutan dalam penggayaan rambut lelaki, termasuk pemotongan klasik, fesyen moden, pencukuran janggut dan misai, serta pengendalian peralatan dandanan dengan betul dan selamat. Selain itu, peserta turut akan didedahkan kepada aspek kebersihan, sanitasi, komunikasi pelanggan dan pengurusan perniagaan kecil dalam industri dandanan rambut.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Kursus Pendek / Micro Credential / Modular / Setaraf

Syarat Kelayakan
1. KRITERIA ASAS
1.1 Syarat-syarat AM
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Dan

2. UMUR
2.1 Umur Calon

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 70


Dan

3. PENDIDIKAN
3.1 Syarat minima

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. WARGANEGARA
4.1 Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

5. BUMIPUTERA
5.1 Calon Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja

Dan

6. PEKERJA GIG
6.1 Pekerja Industri GIG

Syarat Umum:
1. Pekerja Industri GIG P-Hailing atau E-Hailing
2. Umur 18 - 70
3. Mempunyai ID P-Hailing atau E-Hailing


Tempoh Pengajian
40 Jam

Prospek Kerjaya
Tukang Gunting Rambut Profesional di salon atau kedai gunting rambut.
Pemilik Perniagaan Dandanan Rambut secara individu atau francais.
Stylist Lelaki Bebas (Freelancer) untuk majlis-majlis khas atau perkhidmatan di rumah.
Pembantu Jurulatih atau Tenaga Pengajar di pusat latihan vokasional.
Pakar Penjagaan Diri Lelaki di spa, resort atau pusat kesihatan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
GIATMARA Simpang Renggam
Alamat
NO 8, JLN CEMARA 86200 SIMPANG RENGGAM, KLUANG JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
BADARIAH BINTI MIHAT
Telefon
07-7558343
Emel
gmsimpangrenggam@giatmara.edu.my
Laman Web
www.giatmara.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
TVET GIG
Nama Program: Latihan Jangka Pendek (SCT)
Sasaran : Pekerja GIG (e-hailing & p-hailing)
Masa: 40 jam
Umur: 18 - 70 tahun
Syarat: Berdaftar dan mempunyai ID pengendali e-hailing / p-hailing