Pengenalan Kursus
Kursus Percetakan T-Shirt (Heat Press) merupakan program latihan kemahiran yang memberi tumpuan kepada teknik asas dan praktikal dalam mencetak rekaan grafik ke atas fabrik, khususnya t-shirt, menggunakan teknologi mesin heat press. Kursus ini dirangka bagi melahirkan individu yang mahir dalam menghasilkan produk cetakan berkualiti tinggi yang menarik dan tahan lama.
Sepanjang kursus, peserta akan diperkenalkan kepada asas reka bentuk grafik, penyediaan bahan cetakan seperti heat transfer paper dan vinyl, pengendalian mesin heat press, serta teknik aplikasi cetakan ke atas t-shirt. Penekanan turut diberikan kepada aspek kawalan suhu, masa pemanasan, dan jenis fabrik yang sesuai untuk memastikan hasil cetakan yang kemas dan profesional.
Kursus ini amat sesuai untuk individu yang berminat menjana pendapatan melalui perniagaan kecil percetakan t-shirt atau ingin memulakan perniagaan dalam industri kreatif dan fesyen. Ia juga sesuai sebagai kemahiran tambahan bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan sosial, komuniti, atau sekolah.
Maklumat Latihan TVET
Dan
Umur Minimum : 13
Umur Maksimum : 70
Dan
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Dan
Dan
Syarat Umum:
1. Pelajar tahfiz / madrasah / pondok
2. Umur 13 - 70
3. Berdaftar dengan JAKIM / Jabatan Agama Negeri
Pereka dan pencetak pakaian tersuai (custom apparel)
Pembantu dalam syarikat percetakan dan cenderamata
Usahawan dalam industri kreatif dan fesyen kasual
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Nama Program: Latihan Jangka Pendek (SCT)
Sasaran : Pelajar Tahfiz
Masa: 40 jam
Umur: 13 - 70 tahun
Syarat: Berdaftar di Tahfiz / Madrasah / pondok yang berdaftar dengan JAKIM / Majlis Agama Negeri