- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
MC-091-4:2016;DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (SOKONGAN SISTEM KEJURUTERAAN AUTOMASI INDUSTRI)
Kursus ini memberi pendedahan mengenai sistem automasi dan robotik yang terbaru pada masa kini dan ia juga adalah bidang yang berpotensi besar dan sangat penting dalam industri masa kini. Kursus Mekatronik adalah gabungan pelbagai bidang seperti bidang elektronik , bidang elektrikal, bidang mekanikal, sistem kawalan, komputer, rekabentuk automasi dan sebagainya.
Antara subjek yang akan diajar adalah Lukisan Kejuruteraan, Penggunaan Hidraulik & Elektro-Hidraulik, Penggunaan Pneumatic & Elektro-Pneumatik, Sistem Servo,Sistem stepper, Sistem Elektronik (Arduino) , Elektrikal (House Wiring & Industrial Wiring),Programmable Logic Controller ,Inverter, Robotik dan CC Link.
Pelatih akan dilatih supaya boleh membangunkan dan merekabentuk satu projek akhir secara berkumpulan untuk mendapatkan Diploma Kemahiran Malaysia.
Para pelajar juga akan mengikuti latihan industri selama tiga bulan sebelum tamat pengajian untuk didedahkan dengan perkembangan teknologi semasa.
Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri [MC-091-3:2016] Atau
Penyeliaan Kejuruteraan Automasi Industri [MC-091-3:2013] Atau
Juruteknik Automasi Senior [H-176-3] Atau
Juruteknik Industri Pembuatan [H-170-3]
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35