Perkhidmatan Estetik
S960-002-3:2020,S960-002-2:2020,S960-002-1:2020;-
Pengenalan Kursus
Program Perkhidmatan Estetik merupakan bidang profesional kecantikan yang memberi fokus kepada rawatan muka, rawatan badan, rawatan kuku kaki dan tangan, solekan muka dan rawatan secara manual dengan menggunakan pelbagai mesin kecantikan terkini yang digunapakai di spa kecantikan/profesional wanita pada masa kini.
Pelatih akan diajar pelbagai modul khas seperti makeup effect dan didedahkan mengenai rawatan pelangsingan badan dengan menggunakan pelbagai mesin terkini iaitu mesin G5 (gyaratory massage machine), penggunaan body thermal (hot blanket) dan sauna (hot & dry heat).
Selain itu, pelatih juga bakal diajar mengenai pengendalian/ operasi spa dengan menggunakan produk-produk kecantikan berasaskan kepada Piawaian Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan yang digubal khas oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran bersama pakar-pakar industri.
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35
Dan
Dan
Selain itu, pelatih juga boleh sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi iaitu tahap 4 dengan kelulusan Sijil Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) serta dapat menyambung sijil kemahiran TVET-i untuk menjadi seorang tenaga pengajar kemahiran dalam bidang perkhidmatan estetik.
Butiran Penyedia Latihan TVET
KOMPLEKS NIAGA D'MARA
34000 TAIPING, PERAK
PREMIS TAMBAHAN:
1 - 9 KOMPLEKS TERMINAL BUS TAIPING ,
JALAN MASJID, 34000 TAIPING, PERAK.