Kursus TVET
Proses Kimpalan Arka Berteras Logam

MC-027-3:2012

Pengenalan Kursus

Program Flux-Cored Arc Welding (FCAW) ini memberi pelatih pemahaman mendalam mengenai teknik kimpalan FCAW yang menggunakan dawai penambah flux-cored, yang membolehkan kimpalan sambungan logam yang kuat dan tahan lama. Pelatih akan mempelajari penggunaan peralatan yang betul, pemilihan dawai penambah, serta teknik-teknik kimpalan yang sesuai untuk memastikan sambungan yang berkualiti tinggi. Selain itu, program ini turut memberi penekanan serta penerangan kepada pelatih tentang aspek keselamatan.

Tamatnya kursus ini, pelatih akan dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan kimpalan FCAW secara profesional dan menghasilkan kimpalan sambungan logam yang berkualiti tinggi.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik
1.1 Pelatih mestilah seorang yang boleh menulis, membaca dan mengira serta minat dalam kimpalan.

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

1.2
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
3. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Atau

1.3

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 45


Atau

1.4 Bangsa : 1. Melayu 2. Cina 3. India 4. Bumiputera Sabah 5. Bumiputera Sarawak
Warganegara Malaysia Sahaja

Atau

1.5
Calon Bumiputera Sahaja

Tempoh Pengajian
18 Bulan

Prospek Kerjaya
1. Penyelia Kimpalan
2. Jurutera Kimpalan
3. Pegawai Penilai (TVET-i)
4. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
5. Pemeriksa Kimpalan (WI)
6. Pengimpal Kompeten
7. Pembantu Pengimpal
8. NDT/DT Personal

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ATC COLLEGE
Alamat
NO. 7, JALAN LADA HITAM 16/12
SECTION 16,
40200 SHAH ALAM SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
NAJIHAH BINTI MOHD ZAWAWI
Telefon
012-3856615
Emel
hep.atcacademy@gmail.com
Laman Web
www.atc-academy.com

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1. Pensijilan :
• Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
• Sijil Tamat Latihan

2. Pinjaman : 100% pinjaman pengajian tanpa faedah daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
• Yuran Pengajian
• Elaun Sara Hidup – RM800 setiap bulan sepanjang tempoh latihan
• Elaun Pengangkutan (one-off) – RM500 (Semenanjung) , RM1000 (Sabah/Sarawak)

* Permohonan pinjaman diuruskan oleh pihak ATC College selepas pelatih berjaya mendaftar beserta dengan dokumen lengkap.
*Tertakluk pada syarat dan peruntukan PTPK

3. ATC College telah meraih 5 Bintang dalam Penarafan Bintang oleh Jabatan Kemahiran Malaysia.

4. Pihak ATC College mempunyai 50 MOU dengan syarikat untuk penempatan kerja.

5. ATC College memberikan jaminan kerja untuk pelatih selepas tamat pengajian.

6. ATC College turut menawarkan Green Card (CIDB), Toolbox dan Uniform secara percuma. Selain itu, pelatih juga diberikan pilihan untuk mendapatkan kad OGSP, kursus pendek TWI, serta pensijilan CSWIP/WQT.

7. Kelengkapan bengkel ATC College yang memenuhi spesifikasi antarabangsa.