Kursus TVET
OPERASI PENGELUARAN TANAMAN

A016-001-3:2016

Pengenalan Kursus

Operasi Pengeluaran Tanaman atau lebih dikenali sebagai Juruteknik Pertanian/Tanaman oleh kebanyakan organisasi dalam industri pertanian. Dalam program ini, Seseorang yang belajar akan belajar Teknik-teknik pertanian seperti, menyediakan kawasan tanaman yang bersih, menyediakan tapak dan alat semaian, melaksanakan kerja penanaman berdasarkan jenis dan kaedah tanaman, melakukan kerja-kerja penyelenggaraan tanaman mengikut prosedur kerja dan Amalan Pertanian Baik, melaksanakan operasi kawalan perosak dan penyakit tanaman secara berkesan mengikut amalan pertanian baik, melaksanakan operasi penuaian, melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan ladang serta mengenalpasti kerosakan,pembaikan jentera, serta dapat menyediakan kompos secara konvensional dan organic bagi tujuan memaksimumkan penggunaan sisa tanaman kearah memelihara alam sekitar. kursus ini memberi pendedahan serta kemahiran dalam bidang pertanian dari asas sehingga mahir. Selain daripada itu, peserta juga turut didedahkan dengan “ soft skill” seperti kemahiran komunikasi, penyediaan laporan dan kerja berpasukan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Warganegara Malaysia. Berumur 15 hingga 45 tahun
1.1 Warganegara Malaysia
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Atau

1.2 Berminat dalam bidang pertanian

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Tempoh Pengajian
12 Bulan

Prospek Kerjaya
Antara industri yang boleh diceburi dan mempunyai peluang pekerjaan menerusi Operasi Pengeluaran Tanaman ini adalah lepasan sekolah, lepasan SPM, Lepasan Tahfiz.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
MELAKA SKILLS TVET COLLEGE
Alamat
No. JC2617 & JC2617-1, Plaza Bestari, Jalan PB5, Bandar Jasin Bestari FASA 3, 77200 Bemban, Melaka.
Negeri
MELAKA
Penyelaras
PUBALAN A/L DARMALINGAM
Telefon
019-2757013
Emel
melakaskills@gmail.com
Laman Web

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus dijalankan di Jasin Melaka