PENGURUSAN TEKNOLOGI KIMPALAN
MC-024-4:2012
Pengenalan Kursus
Kursus ini memberi pengetahuan dan latihan kepada dalam Pengurusan Teknologi Kimpalan, berdasarkan kepada keperluan industri masa kini. Kursus ini dijalankan berpandukan NOSS yang telah dikemaskini bagi menyediakan individu kompeten bagi memenuhi keperluan pekerjaan hari ini.
Pelatih akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti teknikal dan profesional dalam pelbagai konteks secara meluas seperti tugas kerja dan tanggungjawab personel di dalam bidang kimpalan. Pelatih juga dijangka kompeten dalam melaksanakan dan mengatur kerja-kerja pemeriksaan kimpalan untuk memastikan ianya mengikut piawaian dan kaedah yang sesuai.
Pelatih yang berjaya menamatkan kursus ini dijangka kompeten dalam melaksanakan:
• Penyediaan dokumen kimpalan
• Aturan bahan kimpalan
• Perancangan aktiviti kimpalan
• Penyeliaan aktiviti kimpalan
• Koordinasi aktiviti pemeriksaan kimpalan
• Dokumentasi laporan dan rekod kimpalan
• Pelaksanaan aktiviti keselamatan kimpalan
Pelatih yang telah dinilai, disahkan dan telah memenuhi Keperluan Persijilan Kemahiran Malaysia, akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 4 (Diploma Kemahiran Malaysia - DKM)
Maklumat Latihan TVET
Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam [MC-024-3:2012]
Dan
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45
Dan
Dan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Pinjaman PTPK meliputi yuran pengajian, kos tambahan seperti kos sara hidup (bulanan) RM400, RM600 dan RM800*, kos komputer riba dan kos pengangkutan.
Kemudahan asrama disediakan oleh Kolej bagi yang memerlukan**.
*Tertakluk kepada terma dan syarat semasa oleh PTPK.
**Deposit dan Yuran Asrama dikenakan - tertakluk kepada terma dan syarat semasa.