Kursus TVET
Housekeeping Staff Administration and Monitoring Services

I551-003-3:2018

Pengenalan Kursus

Jabatan Pengemasan merupakan sebuah jabatan di hotel yang bertanggungjawab didalam pembersihan dan menyelenggara bilik dan juga ruang awam di hotel tersebut. Ia menguruskan fungsi utama seperti:
1. Kebersihan,penyelenggaraan, penjagaan estetik bilik, kawasan awam, kawasan belakang dan persekitaran Hotel.
2. Di samping itu, ia mengendalikan pencucian linen dan dobi tetamu.
Dari masa tetamu mendaftar masuk di hotel sehingga tetamu mendaftar keluar, jabatan ini memastikan penginapan tetamu dihotel adalah menyenangkan dan selesa.

MODUL
1. Mengenal pasti profil tetamu VIP
2. Melayani kehendak, perkhidmatan dan profil tetamu VIP
3. Penyediaan jadual tugas harian
4. Mengendali sesi taklimat
5. Memantau Prestasi Pekerja
6. Mengendalikan Latihan untuk kakitangan
7. Mengemaskini buku log harian housekeeping

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. KELAYAKAN AKADEMIK
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

1.2

Syarat Umum:
1. 1. Tidak mempunyai masalah kesihatan (Penyakit Kronik/Kritikal/Hepatitis B atau C) / Tiada masalah mental 2. Tidak mempunyai rekod jenayah & Bebas dari pengaruh Dadah 3. Tidak berdaftar dengan mana-mana penyedia latihan pada masa yang sama 4. Tidak mendapat mana-mana pembiayaan atau tajaan daripada agensi Kerajaan atau institusi kewangan yang lain dalam tempoh latihan yang diikuti 5. Bukan terdiri daripada pelajar sekolah atau penuntut yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana institusi pengajian


Atau

1.3 1. Berumur antara 17 tahun dan tidak melebihi 35 tahun semasa memohon

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35


Atau

1.4
Warganegara Malaysia Sahaja

Atau

1.5
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Tempoh Pengajian
3 Bulan

Prospek Kerjaya
1. Housekeeping Attendant
2. Room Attendant
3. Public Area Attendant
4. Linen Attendant
5. Laundry Attendant
6. Housekeeping Coordinator
7. Housekeeping Supervisor
8. Laundry Supervisor
9. Linen Supervisor

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KEMAHIRAN ASCOT
Alamat
BLOCK 912 & 913, GROUND, FIRST & SECOND FLOOR,
AUTO CITY, 1 BORNEO HYPERMALL, JALAN SULAMAN
Negeri
SABAH
Penyelaras
MAIDIN BIN ABDURAKIM
Telefon
088487200
Emel
info@ascotacademy.com.my
Laman Web
www@ascotacademy.com.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1. Pengurusan penempatan pekerjaan akan diuruskan oleh Pihak Kolej bersama dengan Rakan Industri kami sebelum tamat latihan
2. Bantuan Pinjaman Latihan daripada PTPK meliputi Yuran Latihan (Pinjaman Penuh), Elaun Sara hidup sehingga RM800.00 sebulan dan Elaun pengangkutan