DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA DALAM OPERASI PENYELENGGARAAN PESAWAT DAN PERSIJILAN OLEH MALAYSIA AIRLINES BERHAD (MAB)
Pengenalan Kursus
Program Operasi Penyelenggaraan Pesawat dan Persijilan kami direka untuk melengkapkan bakal juruteknik/ jurutera dengan pengetahuan asas dan pengalaman praktikal yang diperlukan untuk cemerlang dalam industri penerbangan. Program komprehensif ini merangkumi 4,000 jam termasuk latihan teori dan praktikal yang dijalankan dalam Part 147 dan Part 145 yang diluluskan oleh CAAM, bagi memastikan pematuhan kepada piawaian serta peraturan industri.
Menjelang akhir program ini, calon yang berjaya akan:
(i) Dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 oleh DSD
Pensijilan ini merupakan kelayakan pada peringkat sijil yang membolehkan individu melaksanakan tugas Operasi Penyelenggaraan Pesawat.
Kelayakan ini membuka peluang kepada jawatan yang lebih tinggi dalam syarikat penerbangan, organisasi penyelenggaraan, dan syarikat penerbangan global, menyediakan laluan kerjaya profesional dalam sektor penerbangan antarabangsa.
Maklumat Latihan TVET
Dan
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Dan
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Dan
OPERASI PENYELENGGARAAN PESAWAT DAN PERSIJILAN [TP-060-4:2013]
1. Jurutera / Juruteknik / Pembantu Penyelenggaraan Pesawat
- Bertugas sebagai jurutera / juruteknik berlesen / pembantu kepada jurutera / juruteknik berlesen dalam kerja-kerja asas penyelenggaraan pesawat di syarikat penerbangan atau organisasi penyelenggaraan pesawat (MRO).
2. Peluang Melanjutkan Pengajian atau Mendapatkan Sijil Tambahan
- Pemegang diploma ini boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang penerbangan atau mengikuti kursus pensijilan seperti:
(i) Lesen Jurutera / Juruteknik Penyelenggaraan Pesawat Berlesen (CAAM).
(ii) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang penyelenggaraan pesawat.
(ii) Kursus Type Rating bagi pesawat yang tertentu.
Butiran Penyedia Latihan TVET
ENGINEERING & MAINTENANCE HANGAR 6,
SOUTHERN SUPPORT ZONE, KLIA
SEPANG
Lain-lain Maklumat
✈️ Berpeluang untuk mendapat pelesenan profesional dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)
✈️ Program latihan sepenuh masa
✈️ Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) / tajaan lain-lain untuk calon yang layak
✈️ Pembiayaan Yuran Latihan dan Elaun Sara Hidup disediakan oleh PTPK
✈️ Latihan di tempat kerja (OJT) bersama jurutera berpengalaman di pesawat kendalian Malaysia Airlines
✈️ Peluang penempatan pekerjaan di Malaysia Airlines Berhad dan lain-lain syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa
Untuk keterangan lanjut, sila layari https://training.mabengineeringservices.com/.