Kursus TVET
Pengurusan Pentadbiran

FB-025-4:2012

Pengenalan Kursus

Kursus yang ditawarkan adalah berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dengan memberi pendedahan kepada pelatih tentang aspek pengurusan pentadbiran di dalam organisasi. Setiap organisasi memerlukan tenaga kerja yang cekap untuk mengurus operasi harian kerana sistem pengurusan pentadbiran yang baik adalah tulang belakang kepada setiap organisasi.
Oleh itu, pelaksanaan kursus ini dapat melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pentadbiran organisasi dengan melatih pelajar secara teori dan amali dalam mengurus operasi harian sesebuah organisasi. Antara bidang latihan yang terdapat dalam kursus ini termasuk, pengendalian dokumentasi pejabat, pengendalian peralatan serta perisian pejabat, penyeliaan kakitangan pejabat, operasi kaunter hadapan, asas operasi kewangan pejabat, pengurusan inventori dan perolehan pejabat. Kursus ini juga mampu membina kemahiran insaniah (soft skills) pelajar dalam aspek interpersonal, etika kerja profesional, komunikasi berkesan dan pengurusan diri.
Pelajar yang terampil akan dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia bagi program Pengurusan Pentadbiran.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Tempoh Pengajian
28 Bulan

Prospek Kerjaya
Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi mampu memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil bahagian dalam pasaran kerja sebagai:
1️⃣ Kerani
- Bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelaraskan operasi harian pejabat serta memastikan kelancaran urusan pentadbiran.
2️⃣ Pembantu Pentadbiran
- Menyokong pihak pengurusan dalam mengatur jadual serta melaksanakan tugasan khas yang berkaitan dengan operasi pejabat.
3️⃣ Pegawai Pentadbiran
- Membantu merancang, menyelia dan menilai prosedur pentadbiran agar operasi organisasi berjalan dengan lancar dan efisien.
4️⃣ Eksekutif Pentadbiran
- Bertindak sebagai penghubung antara pengurusan atasan dan staf dalam memastikan semua dasar dan arahan dilaksanakan dengan berkesan.
5️⃣ Penyelia Pentadbiran
- Bertanggungjawab dalam proses pengambilan pekerja, latihan kakitangan, kebajikan pekerja serta pengurusan hubungan pekerja.

Permintaan Industri terhadap pelajar lepasan Diploma Kemahiran Malaysia Pengurusan Pentadbiran.
✅ Perkhidmatan Awam
- Peranan dalam jabatan kerajaan seperti pentadbiran pejabat, pengurusan dokumen, dan sumber manusia.
✅ Syarikat Korporat
- Peluang dalam sektor swasta, khususnya syarikat multinasional yang memerlukan pentadbiran berstruktur.
✅ Industri Pendidikan
- Pengurusan pentadbiran di institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AKADEMI AINSDALE SKILLS CENTRE
Alamat
20A, JALAN AINSDALE 15/3,
BANDAR AINSDALE, 70200, SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN.
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
KHAIRUL ANUAR BIN RUSLI
Telefon
01127233653
Emel
akademi.ainsdale@gmail.com
Laman Web
https://www.facebook.com/Akademi.Ainsdale/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pelajar yang terampil akan dianugerahkan:
✅ Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (Program Pentadbiran Pejabat)
✅ Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 (Program Pengurusan Pentadbiran)

Maklumat penawaran kursus:
✅ Kemudahan latihan yang lengkap dan kondusif.
✅ Berpeluang untuk mendapatkan Sijil Micro-Credential dari universiti tempatan.
✅ Berpeluang mempelajari modul tambahan seperti program Keusahawanan, Strategi Perniagaan, Pendidikan Islam & Pendidikan Moral.
✅ Laluan ke program Ijazah Sarjana Muda.
✅ Pinjaman pendidikan dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) disediakan.
✅ Elaun sara diri sehingga RM800/sebulan (pinjaman) disediakan.
✅ Kemudahan hostel disediakan.