Kursus TVET
Pengurusan Pentadbiran

FB-025-4:2012

Pengenalan Kursus

Pelajar akan memulakan pengajian dari peringkat permulaan iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 (merangkumi 1,2&3) dan selepas itu terus ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4. Sistem pengajian ini membolehkan pelajar yang tidak mempunyai sijil PT3 dan SPM layak untuk menyertai program diploma dan tempoh masa untuk memperolehi sijil diploma dapat disingkatkan.

Di tahap 3, pelajar akan didedahkan dengan pentadbiran operasi kaunter hadapan seperti melayani pelanggan dan latihan komunikasi, pengendalian operasi kewangan asas pejabat seperti petty cash, kutipan bil dan penyediaan laporan kewangan asas serta pengurusan inventori dan perolehan pejabat. Pelajar juga akan mempelajari pentadbiran dokumentasi pejabat seperti penyediaan dokumen, mencetak dan memfailkan dokumen serta pendedahan dalam menyelia kakitangan melibatkan aktiviti latihan dalaman, penyediaan bajet serta pengendalian mesyuarat jabatan.

Di tahap 4, pelajar akan didedahkan dengan pengurusan vendor dimana ia melibatkan proses pelantikan, penilian dan penyediaan laporan prestasi vendor. Selain itu pelajar dilatih untuk merancang dan melaksanakan pentadbiran polisi dan dasar-dasar syarikat, pengendalian projek-projek khas melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan juga pelaporan projek khas. Akhir sekali, pelajar akan dilatih melaksanakan penilaian prestasi kepada kakitangan syarikat

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. 3M (Membaca, Menulis, Mengira)
1.1

Atau

1.2

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45


Atau

1.3
Warganegara Malaysia Sahaja

Atau

1.4
1. Sihat Tubuh Badan (Pilihan)

Tempoh Pengajian
27 Bulan

Prospek Kerjaya
Eksekutif, Pembantu Tadbir, Pengawai Sumber Manusia

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
CITY ACADEMY
Alamat
Menara City U,
No 8, Jalan 51A/223
Petaling Jaya
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
RANJANSHARMA A/L MANIDAS
Telefon
0378903881
Emel
tvet@cityacademy.edu.my
Laman Web
https://cityacademy.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PEMBIAYAAN SEPENUHNYA OLEH PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK)