Kursus TVET
Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam

MC-024-3:2012

Pengenalan Kursus

Program ini akan memberi pendedahan kepada teori dan amalan dalam proses kimpalan yang melibatkan keluli karbon dengan menggunakan proses Kimpalan Arc Metal Shielded (SMAW). Dalam kursus ini pelatih akan belajar mengenai keselamatan di tempat kerja, lukisan kimpalan, jenis-jenis logam kimpalan, kaedah mengimpal, pengujian kimpalan dan sebagainya.

Di samping Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), pelatih akan menerima persijilan profesional dari Lloyd's Register, UK sebagai persijilan tambahan dan nilai tambah kepada pelatih bagi meningkatkan kebolehpasaran pelatih di industri.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Akademik
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Umur
2.1

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35


Dan

3. Kewarganegaraan
3.1 Calon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja

Tempoh Pengajian
18 Bulan

Prospek Kerjaya
Peluang kerjaya bagi pelatih lepasan program ini terdapat di industri pembuatan dan pembinaan logam, mesin dan jentera, industri berkaitan struktur pembinaan dan industri minyak dan gas.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
VOCATIONAL EDUCATION TRAINING ACADEMY
Alamat
LOT 27737, JALAN 5/10, BANDAR RINCHING,
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
NUR SYAWANA BINTI ABD HAMID
Telefon
03-87241170
Emel
info@vetamalaysia.com
Laman Web
vetacollege.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pembiayaan pengajian secara pinjaman pendidikan dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi yuran latihan dan elaun sara hidup.
Pembiayaan Elaun Sara Hidup adalah sebanyak RM400/bulan - RM600/bulan dari PTPK.
Penginapan secara dorm disediakan oleh pihak VETA dengan kadar bayaran sebanyak RM100/bulan.