Kursus TVET
SERVIS DIAGNOSTIK – KENDERAAN RINGAN

G452-002-3:2018

Pengenalan Kursus

Program Persijilan Tunggal Servis Diagnostik - Kenderaan Ringan (G452-002-3:2018). Program ini mendedahkan pelatih dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi juruteknik automotif kenderaan ringan. Pelatih akan mempelajari prosedur diagnostik EMS, ABS, SRS Airbag, 'Turbocharger/Supercharger', sistem HVAC, Transmisi, 'Diesel Common Rail Fuel Injection' dan sebagainya dengan kaedah latihan 70% amali dan 30% teori secara bersemuka selama 17 bulan sepenuh masa.

Di samping Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), pelatih akan menerima persijilan profesional dari Institut of the Motor Industry (IMI), UK sebagai persijilan tambahan dan nilai tambah kepada pelatih bagi meningkatkan kebolehpasaran pelatih di industri.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Akademik
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Umur
2.1

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35


Dan

3. Kewarganegaraan
3.1 Calon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja

Tempoh Pengajian
17 Bulan

Prospek Kerjaya
Peluang kerjaya bagi pelatih lepasan program ini terdapat di pusat servis dan bengkel automotif persendirian

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
VOCATIONAL EDUCATION TRAINING ACADEMY
Alamat
LOT 27737, JALAN 5/10, BANDAR RINCHING,
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
NUR SYAWANA BINTI ABD HAMID
Telefon
03-87241170
Emel
info@vetamalaysia.com
Laman Web
vetacollege.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pembiayaan pengajian secara pinjaman pendidikan dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi yuran latihan dan elaun sara hidup.
Pembiayaan Elaun Sara Hidup adalah sebanyak RM400/bulan - RM600/bulan dari PTPK.
Penginapan secara dorm disediakan oleh pihak VETA dengan kadar bayaran sebanyak RM100/bulan.