- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
G452-002-3:2018
Program ini membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Automotif. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Pengendalian bengkel, pemeriksaan sistem kenderaan, penyelenggaraan sistem penyamanan udara kenderaan dan servis asas kenderaan.
2. Selenggara roda, selenggara sistem stereng, selenggara sistem gantungan dan selenggara sistem brek.
3. Rombak rawat sistem klac, rombak rawat transmisi manual, rombak rawat transmisi automatik dan rombak rawat unit pacuan akhir.
4. Analisa kerosakan enjin, penyelenggaraan sistem elektrik enjin, penyelenggaraan sistem pengurusan enjin dan merombak rawat enjin.
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 45