Kursus TVET
Pengurusan Mutawwif Umrah Dan Ziarah

N791-001-4:2016

Pengenalan Kursus

Kursus N791-001-4:2016 Pengurusan Mutawwif Umrah dan Ziarah adalah program latihan berstruktur yang direka untuk melahirkan Mutawwif profesional yang kompeten dalam mengendalikan jemaah Umrah dan Ziarah. Kursus ini menekankan aspek pengurusan operasi Umrah dan Ziarah, kebajikan jemaah, penyampaian maklumat berkaitan ibadah, serta kemahiran komunikasi dan kepimpinan yang diperlukan oleh seorang Mutawwif.

Melalui kursus ini, peserta akan dibekalkan dengan pengetahuan teori dan latihan praktikal berkaitan tugas dan tanggungjawab Mutawwif, termasuk pengurusan jadual perjalanan, penyampaian taklimat ibadah, bimbingan jemaah di Tanah Suci, serta pengendalian cabaran dan situasi kecemasan yang mungkin dihadapi semasa mengiringi jemaah.

Kursus ini juga menitikberatkan aspek fiqh Umrah dan Ziarah, sejarah tempat suci, serta kepentingan etika dan profesionalisme dalam menjalankan tugas sebagai Mutawwif. Dengan pendekatan pembelajaran yang interaktif dan berorientasikan industri, kursus ini memastikan peserta memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang pengurusan Mutawwif Umrah dan Ziarah.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik
1.1 Calon mestilah

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Had Umur
2.1 Calon adalah

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 50


Dan

3. Warganegara
3.1 Calon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. Syarat Tambahan
4.1 Calon mestilah: (a) Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit kronik; (b) Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah dan bukan dalam proses prosiding jenayah terhadapnya; dan (c) Mestilah beragama Islam.

Tempoh Pengajian
28 Bulan

Prospek Kerjaya
1. Mutawwif & Muslim Tour Leader
2. Pegawai Pemasaran Umrah & Pelancongan
3. Kakitangan Travel Agensi
4. Pegawai Penilai (PP) dan Tenaga Pengajar (TP)
5. Pemilik Travel Agensi

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PROFESSIONAL MUTAWWIF DEVELOPMENT INTERNATIONAL COLLEGE (KAMPUS UKM BERANANG)
Alamat
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KAMPUS BERANANG, (PULAKEM) KAMPUNG
SESAPAN BUKIT REMBAU, 43700 BERANANG,
SELANGOR, MALAYSIA.
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
NUR SHAFIQAH BINTI MAZLAN
Telefon
01159159009
Emel
hq@mutawwifpmd.com
Laman Web
www.pmdic.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kelebihan program ini:
1. Dijalankan di Universiti Awam dan Swasta;
2. Kelas yang Kondusif dan Berhawa Dingin;
3. Pensyarah yang Diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
4. Mendapatkan Manfaat daripada Fasiliti Universiti (Perpustakaan, Masjid / Surau, Pejabat Urusan, Fasiliti Sukan, Dewan Kuliah dll bergantung kepada universiti);
5. Pelatih Diwajibkan mengikuti Bengkel Latihan Mutawwif di Tanah Suci;
6. Program Asasi Mutawwif;
7. Mata Pelajaran Selektif: Pelancongan dan Hospitality;
8. Mata Pelajaran Selektif: Bahasa Inggeris Pelancongan;
9. Mata Pelajaran Selektif: Keusahawanan;
10. Program-program Kokurikulum Sepanjang Tahun;
11. Pelatih akan menerima kit Pembelajaran (vest, kad matrik dan lanyard, T-Shirt, Buku-buku Rujukan, Kain Ihram (Kain Ihram), Telekung (Perempuan) dan woven bag dll);
12. Sijil dan Transkrip Tambahan yang Dikeluarkan oleh Pusat Bertauliah (PB); dan
13. Berpeluang untuk mendapatkan Pinjaman Pendidikan dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi yang layak.