Kursus TVET
Operasi Suntikan Acuan Plastik

MC-101-2:2015

Pengenalan Kursus

Tenaga kerja dalam bidang Plastics Injection Moulding Operation Start-Up (Tahap 2) memainkan peranan penting dalam menyediakan asas kepada proses pengeluaran produk plastik menggunakan kaedah acuan suntikan (injection moulding). Individu pada tahap ini telah dilatih dan berkemahiran dalam melaksanakan tugasan teknikal yang berkaitan dengan persediaan dan pengendalian peralatan serta persekitaran pengeluaran sebelum proses dimulakan.

Mereka berkompeten dalam melaksanakan enam (6) kompetensi teras utama seperti berikut:

• Proses Pra-Pengeluaran Injection Moulding (Injection Moulding Pre-Production Process)
Melibatkan penyediaan bahan mentah, peralatan keselamatan, dokumentasi kerja, dan semakan persekitaran kerja bagi memastikan semua keperluan pengeluaran dipenuhi sebelum proses bermula.

• Penyediaan Acuan Injection Moulding (Injection Moulding Mould Preparation)
Merangkumi kerja-kerja pembersihan, pemeriksaan dan persiapan acuan termasuk memastikan komponen-komponen acuan berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.

• Penyediaan Mesin Injection Moulding (Injection Moulding Machine Preparation)
Melibatkan proses menyediakan dan menyemak fungsi asas mesin acuan suntikan agar mesin berada dalam keadaan operasi yang selamat dan berfungsi secara optimum.

• Pemasangan Acuan pada Mesin Injection Moulding (Injection Moulding Mould Set-Up)
Menjalankan pemasangan acuan ke atas mesin dengan mengikut prosedur standard serta memastikan semua sambungan mekanikal, hidraulik dan elektrik dibuat dengan betul.

• Penyediaan Peralatan Sokongan Injection Moulding (Injection Moulding Auxiliary Equipment Set-Up)
Melibatkan penyediaan dan penyambungan peralatan tambahan seperti penyejuk acuan, pengering bahan, dan robotik sekunder yang menyokong keseluruhan proses pengacuan.

• Pengeluaran Acuan dari Mesin (Injection Moulding Mould Set-Down)
Proses membuka dan menanggalkan acuan selepas proses pengeluaran selesai, termasuk memastikan penyimpanan acuan dilakukan dengan betul untuk tujuan penyelenggaraan dan kegunaan seterusnya.

Dengan menguasai kemahiran ini, tenaga kerja pada Tahap 2 memainkan peranan asas yang penting dalam menjamin kelancaran operasi injection moulding serta menyokong kerja-kerja teknikal peringkat lebih tinggi. Mereka merupakan barisan hadapan yang memastikan peralatan dan proses bersedia sebelum pengeluaran bermula.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Warganegara
1.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Akademik
2.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

3. Had Umur pemohon
3.1

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 40


Tempoh Pengajian
12 Bulan

Prospek Kerjaya
Peluang kerjaya dalam industri pengacuan suntikan plastik. Antara jawatan yang ditawarkan ialah:

1)Senior Technician
2) Production Supervisor/Line Leader
3) Maintenance Supervisor/Leader
4) QC Inspector
5) Warehouse Supervisor

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
SKILL COLLEGE OF INDUSTRIAL TECHNOLOGIES
Alamat
NO 3, JALAN SEROJA 8, TAMAN
SEROJA, JALAN ABDUL JABBAR, PARIT JAWA, 84150 MUAR, JOHOR

PREMIS TAMBAHAN:
No 1 , no 5 (Tingkat Atas), no 7(Tingkat Atas), Jalan Seroja 8, Taman Seroja,
Jalan Abdul Jabbar,
84150 Parit Jawa, Muar
Johor
Negeri
JOHOR
Penyelaras
NUR SYAZWANI BINTI MOHAMAD
Telefon
06-9874362
Emel
plkjohor@yahoo.com
Laman Web

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1)Pinjaman Yuran Kursus 100% oleh PTPK
2)Elaun sara hidup (ESH) RM400 - RM800/bulan (PTPK)
3) Pembiayaan Pengangkutan RM1000 (Sabah & Sarawak) & RM500 (Semenanjung) (PTPK)
4)Diploma/Sijil dianugerahkan oleh JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) dibawah KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
5)Penempatan Pekerjaan setelah tamat
6)Asrama disediakan
7) Kontrak makan disediakan
8) Kandungan kursus yang ditawarkan meliputi program yang melibatkan kerjasama dari pelbagai pihak seperti Polis,Bomba,Belia, Pejabat Daerah dan komuniti setempat.