Kursus TVET
Pembuatan Roti

HT-013-2:2011

Pengenalan Kursus

Bidang penyediaan roti ini akan memberi penekanan kepada kemahiran dalam menyediakan pelbagai produk roti, bakeri dan konfeksionari seperti piza, muffin dan produk menggunakan yis melalui teknik dan kaedah moden menggunakan mesin dan peralatan berteknologi mengikut prosedur yang ditetapkan bagi menjamin hasil produk yang berkualiti, menarik dan bersih selaras dengan kehendak industri. Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali berdasarkan proses kerja sebenar mengikut piawaian mengenai kemahiran persediaan asas sehingga ke tahap yang tinggi dalam penyediaan bakeri. Pelajar turut dilatih untuk mempunyai sikap bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin dan komited dalam menyediakan mereka untuk alam pekerjaan yang sebenar.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Mahir menulis, mengira, membaca dan mempunyai minat.
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Tempoh Pengajian
6 Bulan

Prospek Kerjaya
Assistant Baker, Baker, Pengurus Bakeri, membuka kedai roti sendiri, perniagaan katering, usahawan produk makanan, eksekutif pemasaran produk makanan, 'Promoter' Makanan dan banyak lagi dalam bidang berkaitan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
YAHOS SCHOOL OF SKILLS
Alamat
CM101, CM102, CM103, CM106, CJ107,CI107, DF107
JALAN BATU KAWA NEW TOWNSHIP,
JALAN BATU KAWA, 93250 KUCHING, SARAWAK

PREMIS TAMBAHAN:
CA209, CK205, CJ207 & M3 PLOT NO.7B,
1st FLOOR, BATU KAWAH NEW TOWNSHIP,
JALAN BATU KAWA,

PREMIS TAMBAHAN:
SUBLOT 17, GROUND AND 1ST FLOOR METROCITY
BLOCK 1 JALAN MATANG 93050 KUCHING, SARAWAK
SARAWAK

PREMIS TAMBAHAN:
1st and 2nd Floor, Unit 30, Block B2 Saradise, 93350 Kuching, Sarawak
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
Isabella anak Alexander Ritum
Telefon
082-454111
Emel
natasha@yahos.edu.my
Laman Web
www.yahos.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
YAHOS School of Skills merupakan salah satu penyedia latihan swasta dibawah pengawasan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan ada menyediakan fasiliti / kemudahan kepada para pelatih seperti berikut:

- Bilik Kuliah dan Bilik Komputer yang kondusif
- Bengkel Seni Kulinari yang lengkap dengan peralatan industri
- Asrama bagi pelatih yang memerlukan (Yuran Asrama akan dikenakan kepada pelatih)
- Pinjaman latihan kemahiran daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)