Kursus TVET
Penyeliaan Pengasuhan dan Pendidikan Perkembangan Awal Kanak-Kanak (Tahap 4)

T982-001-4:2018

Pengenalan Kursus

Program Penyeliaan ini adalah kesinambungan kepada program kemahiran yang dipelajari pada tahap SKM 3 bagi melengkapkan lagi kemahiran serta pengetahuan dalam penyeliaan pengurusan awal kanak-kanak secara pedagogi dan intelektual.

Pendedahan dari aspek perkembangan kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak adalah berdasarkan silibus PERMATA yang merangkumi 7 tahap perkembangan kanak-kanak iaitu Perkembangan Fizikal, Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik, Perkembangan Pemahaman Deria dan Dunia Persekitaran, Perkembangan Bahasa dan Literasi Awal, Perkembangan Sahsiah, Sosio Emosi dan Kerohanian, Perkembangan kreativiti dan Estetika, Perkembangan Seni Kreatif dan Pergerakan Muzik dan Kemahiran Pemakanan Seimbang bagi kanak-kanak di bawah 4 tahun.

Penilaian program adalah berdasarkan hasil pembelajaran secara teori di dalam kelas dan latihan amali di industri (TASKA) mengikut ketetapan yang telah digariskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik
1.1
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Atau

1.2

Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak [T982-001-3:2017] Atau

Pendidikan & Penjagaan Awal Kanak-Kanak [CC-011-3:2012]


Dan

2. Warganegara
2.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

3. Kelayakan Umur
3.1

Syarat Umum:
1. Berusia dari 15 tahun hingga 45 tahun


Dan

4. Sihat Fizikal dan Mental. Minat dengan program yang dipohon.
4.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Tempoh Pengajian
12 Bulan

Prospek Kerjaya
PENSYARAH TVET PROGRAM (T982-001-3:2017) PEMILIK TASKA (atau) BEKERJA di Pusat Jagaan Kanak-Kanak berdaftar dengan JKM/KPM sebagai: - Penyelia Taska / Guru Taska - Penyelia Tadika / Guru Tadika / Pembantu pra- sekolah.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AKADEMI TVET UNIRAZAK
Alamat
195A, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur
Negeri
Tiada Maklumat
Penyelaras
NORHAFIZA BINTI ZAHARUDDIN
Telefon
603 2730 7028
Emel
tvet@unirazak.edu.my
Laman Web
https://unirazak.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kurikulum Berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan (SKPK)
Penempatan Pekerjaan (T&S) & Kaunseling Kerjaya
Pendekatan Amali Diutamakan
Latihan Industri Diuruskan
Kursus Asuhan Permata (KAP) oleh JKM dan Kursus CPR disediakan