Kursus TVET
Diploma Teknologi Pembuatan Pemesinan #

DFPP34

Pengenalan Kursus

1.1. Pengenalan
Sukatan latihan ini merupakan dokumen yang menggariskan perkara-perkara yang perlu diperolehi oleh seseorang pelajar di dalam bidang kemahiran Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan). Semua modul yang terkandung di dalam sukatan latihan ini akan dinilai berasaskan keterampilan bagi memastikan setiap pelajar berkebolehan dan berkeupayaan melaksanakan modul-modul berkenaan mengikut tahap kemahiran yang dipelajari.

Sukatan latihan ini dibangunkan mengikut format sukatan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dan telah mengambil kira Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard – NOSS) yang dibuat oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Sukatan latihan ini juga mengambil kira penambahan semua duti dan tugasan selaras dengan keperluan teknologi semasa dan memenuhi piawai persijilan.

1.2. Objektif
Objektif sukatan latihan ini dibangunkan adalah untuk membantu pensyarah dalam menyediakan pembelajaran latihan kemahiran agar keseragaman latihan dapat dilakukan di semua ILJTM bagi kursus Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan).

1.3. Pra-syarat
Kursus Diploma Teknologi Pembuatan(Pemesinan) merupakan kursus peringkat Diploma Teknologi yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Syarat kelayakan bagi kursus ini ialah calon mesti warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 30 tahun dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM 3) bagi bidang berkenaan.

1.4. Tempoh Latihan

1.4.1. Kemasukan ke Semester 4
Tempoh latihan sepenuh masa bagi kursus ini ialah tiga tahun. Pelajar diwajibkan menjalani latihan kemahiran selama satu tahun setengah (dari semester 4 hingga semester 5) dan pada semester 6, pelajar perlu menjalani latihan industri (industrial training) selama enam bulan.

1.5. Kaedah Latihan
Kaedah latihan di ILJTM bagi peringkat diploma adalah berteraskan kemahiran di mana 50% ialah latihan amali dan 40% ialah pengajaran teori bagi semester 4 hingga 5.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1 Berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35


Dan

2. Warganegara
2.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

3. Syarat Am Kemasukan
3.1 Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran/ Penglihatan/ Pertuturan/ Fizikal/ Pembelajaran/ Mental/ Pelbagai yang menyukarkan kerja amal
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Dan

4. Kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
4.1 Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang tersebut

Juruteknik Pemesinan CNC [H-013-3] Atau

Juruteknik Mesin CNC [MC-032-3] Atau

Pemesin (Operasi Larik) [H-014-3] Atau

Pemesin (Operasi Kisar) [H-015-3] Atau

Pemesin (Operasi Canai) [H-016-3] Atau

Pemesin Kanan [MC-050-3] Atau

Operasi Pemesinan [MC-050-3:2012] Atau

Operasi Pemesinan [MC-050-3:2015]


Tempoh Pengajian
16 Bulan

Prospek Kerjaya
Penolong Jurutera di industri berasaskan kejuruteraan dan pembuata dan bekerja dalam bidang rekabentuk dan pembangunan produk di sektor perkilangan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) JERANTUT
Alamat
KM 9, JALAN JERANTUT - TEMERLOH, 27000 JERANTUT, PAHANG.
Negeri
PAHANG
Penyelaras
SAZIMAH BINTI SAID
Telefon
092663391
Emel
p.adtecjerantut@mohr.gov.my
Laman Web
http://www.adtecjerantut.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)