A012-004-2:2020
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menubuhkan Kursus Operasi Mekanisasi Ladang (KOML) pada tahun 2006 dengan menyediakan latihan berasaskan kemahiran dalam penjenteraan ladang bagi sektor perladangan sawit. Objektif penubuhan adalah untuk memberi latihan kepada belia tempatan dalam bidang jentera ladang supaya boleh menjadi sebahagian daripada tenaga kerja tempatan dalam industri sawit sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Modul latihan memberi pendedahan dan kemahiran dalam mekanisasi ladang secara nisbah (70:30) praktikal dan teori. Kursus yang dijalankan adalah mengikut kurikulum daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 35
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
| Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred | Aktif |
|---|---|---|---|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU | Pilihan | Lain-lain | G | Aktif |
| 1249 | SEJARAH | Pilihan | Lain-lain | G | Aktif |