Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program ini menyediakan pendidikan dan latihan berkaitan pengurusan pengeluaran tanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman kontan, pengurusan ternakan seperti lembu, kambing, ayam, itik, puyuh dan penternakan ikan air tawar, pemprosesan hasil pertanian, kejuruteraan pertanian, pengurusan landskap, estet dan keusahawanan serta pemasaran. Sijil Pertanian ditawarkan kepada induvidu yang meminati bidang pertanian bagi membantu transformasi sektor pertanian negara. Ini adalah selaras dengan Dasar AgroMakanan Negara (DAN) yang bertujuan untuk membangunkan sektor pertanian dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan Negara. Program Sijil Pertanian dilaksanakan meliputi 70% Latihan secara praktikal dan 30% secara teori.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Lulus SPM
1.1
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred Aktif
1103 BAHASA MELAYU Wajib E Aktif
1249 SEJARAH Wajib E Aktif
1449 MATEMATIK Wajib E Aktif
1511 SAINS Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
4531 FIZIK Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
4541 KIMIA Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
4551 BIOLOGI Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
7301 LANDSKAP DAN NURSERI Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
7303 TANAMAN MAKANAN Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
2280 GEOGRAFI Pilihan Lain-lain C Aktif
3756 PRINSIP PERAKAUNAN Pilihan Lain-lain C Aktif
3767 EKONOMI Pilihan Lain-lain C Aktif
4561 SAINS TAMBAHAN Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
3760 PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
3761 PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
3762 PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
3754 PENGAJIAN KEUSAHAWANAN Pilihan Lain-lain C Aktif
7202 KATERING DAN PENYAJIAN Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
3766 PERNIAGAAN Pilihan Lain-lain C Aktif
3755 PERDAGANGAN Pilihan Lain-lain C Aktif
7103 KERJA PAIP DOMESTIK Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
7203 PEMPROSESAN MAKANAN Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
7302 AKUAKULTUR DAN HAIWAN REKREASI Pilihan Sains & Teknikal C Aktif

Bil. Subjek Pilihan Kategori Terbuka Diperlukan : 1
(Kepujian dalam salah satu dari subjek pilihan)


Dan

2. Syarat-syarat kemasukan
2.1
1. Bujang (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Warganegara Malaysia (Wajib)

Dan

3. Umur
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan Sijil Pertanian akan dapat memenuhi keperluan pekerjaan dalam pelbagai bidang seperti berikut:
i. Prospek kerjaya dalam bidang keusahawanan

ii. Laluan kerjaya dalam sektor kerajaan atau swasta:
• Penolong Pegawai Pertanian
• Pembantu Pertanian
• Pembantu Penyelidik
• Pembantu Hal Ehwal Ekonomi
• Penyelia Ladang
• Juruteknik Pembangunan Usahawan
• Penyelia Projek
• Penyelia Pengeluaran Benih
• Pengurus Landskap Hortikultur
• Penyelia Padang Golf
• Pengurus Khidmat Katering
• Eksekutif Jualan

iii. Laluan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT PERTANIAN AYER HITAM
Alamat
INSTITUT PERTANIAN AYER HITAM
JABATAN PERTANIAN
KARUNG BERKUNCI 101
AYER HITAM, JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
EN. ZULKIPLE BIN ABAS
Telefon
07-7581161 / 23
Emel
ipah@doa.gov.my
Laman Web
WWW.DOA.GOV.MY

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Program ini menyediakan pendidikan dan latihan berkaitan pertanian dengan memberi penekanan kepada pengurusan pengeluaran tanaman buah-buahan, sayuran dan kontan, pemprosesan dan pemasaran. Kursus Umum memberi kemahiran insaniah dan Kursus Teras merupakan kursus yang berkaitan dengan asas pertanian. Kursus Pengkhususan pula disediakan bagi membolehkan pelajar memilih salah satu daripada enam (6) kursus pengkhususan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pendedahan tambahan yang lebih mendalam mengikut kecenderungan dan minat pelajar sebelum memasuki tahun akhir pengajian. Pilihan pengkhususan boleh dibuat diakhir semester berdasarkan kepada 6 pengkhususan yang ditawarkan seperti berikut:
1. Pengeluaran Tanaman Makanan;
2. Pemprosesan Hasil Pertanian;
3. Landskap;
4. Pengurusan Ternakan;
5. Pengurusan Estet; dan
6. Mekanisasi Ladang.