Kursus TVET
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PENGENDALIAN LADANG RUMINAN (TAHAP 2)

-

Pengenalan Kursus

Pengendalian Ladang Ruminan mengkehendaki pelatih untuk memeriksa dan melaksanakan kerja-kerja teknikal ternakan, membancuh ratio makanan, kawalan dan rawatan penyakit, penyelenggaraan mesin dan peralatan ladang, penjagaan kualiti hasil, pengolahan sisa kumbahan dan mengurus pastura mengikut amalan pengurusan penternakan baik (GAHP)

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Tiada pendidikan Formal atau mempunyai minat boleh membaca, mengira dan menulis
1.1 Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

Atau

1.2 Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred Aktif
1103 BAHASA MELAYU Pilihan Lain-lain E Aktif
1249 SEJARAH Pilihan Lain-lain E Aktif

Dan

2. Umur
2.1

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30


Dan

3. Warganegara
3.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. Jantina
4.1 Lelaki dan Perempuan sahaja

Syarat Umum:


Dan

5. Syarat Tambahan
5.1
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Bujang (Wajib) ,
4. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

6. Hanya ketidakupayaan berikut sahaja layak dipertimbangkan :- Pekak ,guna alat, gagap dan sengau

Tempoh Pengajian
12 Bulan

Prospek Kerjaya
Usahawan ternak
Perladangan ternakan ruminan
Pemprosesan produk hasilan ternakan
Agro pelancongan
Melanjutkan pelajaran ke Tahap 3 SKM Ruminan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT VETERINAR MALAYSIA
Alamat
KM. 13, JALAN BATU PAHAT, BEG BERKUNCI 520, 86009 KLUANG
Negeri
JOHOR
Penyelaras
NORITA BINTI MOHD NOR
Telefon
07-759 7000
Emel
ivm@dvs.gov.my
Laman Web
www.dvs.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Elaun RM200 sebulan, makan dan penginapan PERCUMA.

Institut Veterinar Malaysia berasal dari sebuah ladang yang telah dibuka pada 1939 yang dikenali sebagai " Central Animal Husbandry Station" (CAHS) oleh Almarhum Tunku Abu Bakar (Kerabat Diraja Johor). Pada 1963, Pusat Latihan Veterinar (VTC) ditubuhkan bagi memenuhi keperluan program latihan Jabatan Veterinar di hadapan pejabat CAHS.

CAHS telah bergabung dengan VTC pada 1974 menjadi Institut Haiwan dan telah berpindah ke pejabat baru pada 1976. Pada April 2008, Institut Haiwan telah mengalami penjenamaan baru kepada Institut Veterinar Malaysia (IVM).

Sebagai Institut latihan utama Jabatan Perkhidmatan Veterinar, IVM bertanggungjawab menjalankan latihan bagi menjayakan dan menyokong usaha kerajaan membangunkan industri penternakan negara. Misi institut adalah untuk menyediakan kemudahan latihan berkualiti dan kepakaran dalam bidang kesihatan dan pengeluaran ternakan. Manakala, visi institut adalah untuk menjadi pusat latihan dan rujukan yang unggul dalam bidang industri ternakan.