Kursus TVET
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI FESYEN DAN PAKAIAN (JAHITAN PAKAIAN LELAKI)

SPL 03

Pengenalan Kursus

Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai rekaan fesyen pembuatan pakaian lelaki terkini. Sebagai trend semasa dalam kombinasi warna dalam dunia fesyen, pelajar akan mengadakan pertunjukan fesyen sebagai salah satu cara untuk menonjolkan bakat mereka di dalam menguasai dunia rekaan fesyen. Pelajar diperkenalkan dengan teknik memotong, menjahit dan menguasai mesin-mesin jahit terkini supaya mereka dapat memahami pengenalan awal kepada senario industri fesyen di negara ini.

Penekanan diberikan kepada cara penggunaan peralatan jahitan dan bahan-bahan pakaian, rekaan baju serta pelbagai jenis jahitan pakaian lelaki. Kursus ini mampu memberi pendedahan kemahiran yang berkualiti dan berterusan bagi memenuhi kehendak pasaran industri.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Persekolahan
1.1 Mestilah:

Tamat Tingkatan 5


Atau

1.2
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred Aktif

Dan

2. Umur
2.1 Mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30


Dan

3. Syarat Tambahan
3.1 Mestilah:
1. Warganegara Malaysia (Wajib) ,
2. Bujang (Wajib) ,
3. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
4. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
Menjadi tukang jahit di butik jahitan.
Usahawan dalam bidang jahitan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA WAKAF TAPAI
Alamat
KM24, Jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang,
Negeri
TERENGGANU
Penyelaras
ZURAIRAH ABD AZIZ
Telefon
096806000
Emel
zurairah@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PENGAJIAN DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)
ELAUN SARA DIRI DIBERIKAN SEBANYAK RM100/BULAN BAGI SEMESTER 1 DAN SEMESTER 2, RM200/BULAN BAGI SEMESTER 3 DAN SEMESTER 4 DAN RM300/BULAN SEMASA LATIHAN INDUSTRI
PENGINAPAN DAN MAKAN MINUM DISEDIAKAN SECARA PERCUMA.